Salam. Akhirnya dapat juga buka blog ni. Lepas beberapa kali tak dapat masuk. Sebabnya? Entahlah. Guna password & username yang sama tapi tak dapat nak log in langsung dari bulan lepas. Sakit hati tak boleh nak kata. Agaknya ini lah risiko yang kita perlu tanggung bila guna perkhidmatan free ni kan :) sabar je lah... ahahaha
Sedar tak sedar dah hampir sebulan aku cuti untuk semester 1 tahun 3 ni. 14 Disember ni mulalah praktikal at MAIJ. Semua ingat aku ambil jurusan syariah bila aku cakap aku praktikal kat situ. Geli ketiak aku.. haha hehe huhuh budak 'baik' macam aku ambil syariah? huuuuu no komen!
12hb ni tamatlah khidmat aku kat taska mak long.. alahai terasa macam makin malas nak pergi kerja esok. program diet telah terganggu. Nafsu makan makin bertambah. Alahai bila la nak berubah aku ni. Tak pernahnya berjaya bila berazam.. hish bahaya ni!
Akibat kurang hati-hati ibarat sagu hati jugalah sebelum berhenti kerja ni. Tangan aku melecur terkena simbahan minyak panas masa tengah goreng nugget untuk makan tengah hari bagi kanak-kanak ribena kat taska. Panasnya maha hebat. Masa terkena tu, tak fikir lain. Apa yang terlintas kat fikiran adalah, ini baru panas terbakar kat dunia, belum lagi kat akhirat.
Masa tengah melayan kebisaan yang dah menjalar ke setiap urat ni.. Aduh terasa kalaulah ni bayaran cash dari Allah sebab aku pakai lengan pendek kat luar rumah lately.. isk sakitnya! tapi kalau ini lah balasannya, aku redha terima hukuman ni dekat dunia dari tanggung kat akhirat. Harga yang perlu aku bayar bagi kecederaan ni? pergelangan tangan aku berlubang dan dah dua minggu luka masih belum menunjukkan tanda nak membaik. Masih berdarah dan bernanah.
p/s: haha kadangkala fikiran nakal terbit jua. alahai mak. Anak mak dah kurang saham. tangan dah berlubang. dah tak cantik & putih mulus macam dulu. :'( padan muka anak mak..