Berita dari kosmo, Jumaat, 28 Mei 2010
KLANG - Seorang kerani bank yang merupakan individu pertama disabitkan kesalahan menggunakan aplikasi lucah melalui Internet bagi tujuan komersial didenda RM30,000 atau enam bulan penjara jika gagal membayar denda itu oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.
Hakim Slamat Yahya menjatuhkan hukuman itu terhadap Tajulzairi Tajuddin, 31, setelah dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan menggunakan perkhidmatan aplikasi Internet dengan alamat IP 112.137.162.108 di laman web http://www.wanitamelayu2.com/login dengan memberikan komunikasi lucah bagi maksud komersial.
Tajul Zairi
Dia melakukan kesalahan itu di Aras 1, Jabatan Kawalselia Kandungan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Off Persiaran Multimedia, Cyberjaya, Sepang pada pukul 5 petang, 10 Jun tahun lepas.
Tajulzairi didakwa mengikut Seksyen 233 (2)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya dan boleh juga didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.
Terdahulu, Tajulzairi yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan atas alasan dia mempunyai dua orang anak yang masih kecil dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan itu.
Timbalan Pendakwa Raya dari SKMM, Badius Zaman Ahmad bagaimanapun meminta mahkamah mengambil kira kepentingan awam berikutan kes itu telah menyumbang kepada statistik kesalahan jenayah seksual.
Beliau berkata, Tajulzairi yang merupakan individu pertama didakwa mengikut akta itu telah mengaut keuntungan secara haram dengan menyalahgunakan Internet untuk membekalkan perisian lucah bagi tujuan komersial atau dijual.
Pada pandangan fiza, tak ada istilah bala bagi mereka yang mencari rezeki dengan menggunakan internet sebagai medium. Tidak adil bagi mereka yang selama ini bergantung pada internet sebagai periuk nasi. Ia menjadi bala apabila seseorang itu tamak dan tiada lagi rasa tanggungjawab dalam diri.
Cuma tak terfikirkah mereka yang menjalankan aktiviti kotor seperti menyebarkan bahan-bahan lucah ini seberapa ramai manusia yang telah mereka BANTU gelapkan hati mereka? Tak terfikirkah betapa besar komplikasi perbuatan ini kepada anak bini yang ditanggung? ibu bapa yang di kampung? Berapa ramai generasi muda yang rosak akibat video yang tersebar? berapa ribu anak luar nikah yang terhasil dari video-video yang disebarkan? Astaghfirulah! Benarlah, wang ringgit memang boleh membutakan sesiapa sahaja. Buta mata, buta hati!
Apa akibat dari perbuatan ini?
1. Hati menjadi gelap mengejar kekayaan. Menghalalkan sesuatu yang Haram menjadi kebiasaan
2. Anak bini, ibu bapa, individu sendiri makan hasil dari punca yang haram. Menjadi darah daging selama-lamanya
3. Merosakkan jiwa individu
4. Merosakkan institus keluarga, mengugah kepercayaan ibu bapa, pasangan hidup juga anak-anak
5. Meningkatkan jenayah sosial. Lihat sahaja bilangan bayi luar nikah yang didaftarkan sehingga kini.
6. Terlampau banyak untuk disenaraikan keburukkannya.
Semoga penemuan ini menyedarkan banyak lagi mata insan-insan yang buta mata, buta hati ini. Sama-samalah kita berdoa ye. Amin.
Fiza juga bercita-cita nak jadi usahawan internet. Amin :)


Uh? camne nak repot ye kalau jumpa web2 lucah yang memang2 confirm tak minta kebenaran 'pelakon' sebarkan video dalam tu?
BalasPadamtakut plak bila dgr berita mcm ni..lain kali kena hati2...
BalasPadamKenapelah ada manusia yang bangang macam ni..kot ye pun nak komersial, janganlah guna jalan kotor. isk...
BalasPadamNadia-ism: Apa Kau Cari Dalam Cermin Penipu?
salam singgah..
BalasPadambila dah sekali buat,rasa selamat n rasa selesa..
dia akan ulang berkali2..bila dah dalam zon terlalu selesa,dia alpa n tamak..akibatnya,bukan diri sendiri merana,org lain pun rosak jugak..
@MyFunDarkSide: ehm tak taulah fiza, setakat ni tak pernah pula dengar ada talian aduan. Mungkin pakar-pakar IT dan keselamatan yang dipertanggungjawabkan utk mengesan web-web sebegini.
BalasPadampsst,
apek2 kat pasar malam releks je jual terang2. inikan benda2 yang maya ni.. mungkin susah nak dikesan :)
@archiguys87: erk takut and hati2 dari siapa ni? :) hati2 dengan mereka ni takpe.. :P
BalasPadam@Nadia Dizarch: Yup.. same2lah kita doa semoga dia berubah kan? semoga jadi pengajaran pada semua juga. Jangan ada yang cuba cari jalan selamat utk aktiviti tak sihat ni sudah lah
BalasPadam@TuYa: betul tu sis. Memang manusia mudah alpa bila dah ada di zon selesa, semuanya lupa.. :) harap2 kita semua tak mudah lupa..
BalasPadamnice entry.. :)
BalasPadam@Cik Putput: aku ulaskan berita je.. :)
BalasPadamtak pernah lagi dgr berita cam ni. nice info
BalasPadamthanks nuriz :)
BalasPadamakibat keseronokan mengejar duit.. ni lah akibatnya..
BalasPadam@kulanz: yup betul tu
BalasPadambila duit yang dicari... apa jalan pun orang sanggup buat.... ape nak jadi...
BalasPadam