fiza makan 1 je.. yang paling depan tu..
yang selebihnya tanya cik kat bawah ni
cik najlaa usahawan stormreaders juga hantu Big Apple!
Agak mendukacitakan kerana sukar untuk mencari pautan yang menunjukkan ia berkenaan status halal restoren dan sebagainya seperti yang kita kehendaki. Habis Fiza selongkar laman itu dan akhirnya dengan izin Allah Fiza temukan jua pautan yang diperlukan. Pautan yang dimaksudkan adalah Direktori Halal Malaysia. Rakan-rakan bolehlah merujuk ke lamannya nanti. Kita hanya perlu menaip nama restoren contohnya 'BIG APPLE' dan akan terpapar Nama syarikat serta tarikh tamat sijil yang diperolehi dan untuk mengetahui lebih lanjut bolehlah menekan gambar dokumen yang akan memaparkan senarai makanan dan minuman yang mendapat pengiktirafan halal. Untuk Big Apple sijilnya sehingga 15/2/2013.
Sila klik gambar untuk paparan yang lebih jelas ye :)
Masukkan nama Restoren yang dikehendaki
Jika nama syarikat ada di dalam database, ia akan dipaparkan
Senarai produk yang mendapat sijil halal
sambungan senarai
65 jenis produk kesemuanya.
Adalah tidak baik bagi kita untuk mencurigai ketelusan pihak yang sedaya upaya membantu kita memilih sebarang makanan. Jika ada kesilapan haruslah diperincikan masalahnya agar dapat diselidiki dan dihebahkan secara meluas dan bukan secara underground. Ini kerana ia terlihat seperti satu corak pihak tertentu untuk mengganggu perniaagaan orang lain dan kita yang tak tahu apa-apa ini terlibat secara tak sengaja dan turut menghebahkan kepada semua.
Akibatnya, takut-takut nanti bila orang Melayu kita pergi makan di Cafe Big Apple selepas ini, ada pula mata-mata yang pandang sinis dan mempersoalkan seperti ini "Orang tu Islam ke? Tak tahu ke makanan tu haram? Tu lah ikut suka je nak makan, halal haram pun tak tahu nak beza!". Kan tak baik tu? Risau juga Fiza tentang isu makanan ni, ye lah kita dah berhati-hati dengan sebaiknya untuk memilih makanan yang halalan tayyibah tiba-tiba kita dengar berita makanan tu haram. Tak terkejut isi perut U? :) Apa-apa pun nasihat Fiza jika kita rasa makanan tu mencurigakan, janganlah dimakan. Ok? Contohnya di pasar malam, kita tengok yang jual tu orang cina / india, cop halal tak ada,
Isu makanan memang sangat dititik beratkan Agama Islam kerana ia berkait rapat dengan ibadah kita yang lainnya. Oleh itu saya yakin pihak halal Malaysia tidak akan buat kerja sambil lewa dan memberikan sebarang info yang tidak benar. Jika benar mereka tidak telus, tergolonglah kita didalam golongan yang teraniaya.
Hah lain pula isunya jika ia berkenaan dengan pewarna rambut. Ramai betul yang cakap IA HALAL! Memang benar di kotak-kotak pewarna rambut tertera cop halal. Namun, halal ini kerana apa? Jawapannya terletak pada bahan-bahannya, jika halal bahannya halallah ia. Jadi tidak menjadi persoalan jika pewarna rambut memperoleh cop halal. Hah tengok juga cop tu keluaran pihak mana ye :) Yang diiktiraf atau pun tidak.
Apa yang menjadikan ia haram adalah apabila kita MEMAKAINYA. Kerana telah jelas dikatakan sesuatu yang melapisi anggota badan dan menghalang air untuk menyerapi anggota itu maka HARAM DIPAKAI. Memang bila rambut kita dibasahkan dengan air, rambut tetap akan basah tapi kita tak tahu sejauh mana air itu sampai ke rambut kita. Maka terganggulah proses kita bersuci. Oh ini penerangan jelas daripada ustazah Fiza kat sekolah dulu. Jadi sampai sekarang kalau saya nak guna atau teringin nak mencuba pewarna rambut, Fiza akan ingatkan diri ini tentang peringatan ustazah ni. Mungkin kerana kurang penjelasanan yang baik menjadikan ramai yang TIDAK FAHAM.
Pun begitu kalau kita terigin sangat nak mewarna rambut, gunalah yang original, yang kita buat sendiri. Tumbuk-tumbuk, giling-gilinglah daun inai. Hah lepastu tepeklah kat rambut tanpa was-wasnya :) Ye lah sendiri yang buatkan? Kita tahulah bahan-bahan yang kita guna. Ye tak? Selain itu air juga boleh menyerap dengan baik. :) Hah, inai hitam tak boleh ya. Rasulullah melarang sama sekali menggunakan inai hitam UNTUK MEWARNAKAN RAMBUT.
Yang berikut adalah apa yang fiza temui berkenaan isu pewarna rambut di Muslim Diary.
Alhamdulillah. Salawat dan salam ke atas Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam. Ada banyak pendapat.Dan lagi penerangan berkenaannya
Haram bagi seorang Muslim mewarnakan rambutnya dengan pewarna rambut walaupun diperbuat daripada benda yang halal kerana perbuatan ini termasuk dalam perkara merubah ciptaan Allah.
Tersebut dalam sebuah hadis daripada Ibnu Mas'ud yang bermaksud:(Allah Ta'ala mengutuk sekelian wanita yang mengukir badan, dan yang minta diukir, wanita yang merubah bulu mata (memakai bulu mata palsu), mengikir gigi dengan sengaja untuk kecantikan dan sekelian yang merobah apa yang telah dijadikan oleh Allah) (H.R. Bukhari/Muslim)
Harus bagi seorang Muslim mewarnakan rambut/janggut yang putih (beruban) dengan pewarna yang suci/halal (contohnya inai) selain daripada warna hitam.
Sekian, wassalam.
Wallahu A'lam
Sumber: Jabatan Mufti Negeri Melaka
1. Sekiranya diyakini pewarna rambut tersebut telap air dan tidak bernajis serta untuk tujuan yang tidak bertentangan dengan syara', maka dibolehkan pemakaiannya.
2. Untuk makluman saudari, pewarna rambut yang mempunyai tanda halal JAKIM pada produk berkenaan adalah dari bahan yang halal dan harus dipakai / digunakan. Sah mandi wajib dan ia boleh dibawa sembahyang.
Wallahu a'lam. Sesiapa yang kurang faham bolehlah merujuk dengan menekan link Muslim Diary. Ok lah. Nak dinyatakan juga, Fiza bukanlah peminat Big Apple sampai nak buat satu entry berkenaannya. :) Tapi nak bagitau yang Fiza peminat kopi. Hah siapa nak belanja boleh lah :)
hah tengok minum dengan sangat selekehnye! geram pada yang tukang amek gambar.
perasan tak? corak tudung sis tu cam corak kat cawan? heheheh
En. Qayyum tukang belanja donut :P
Ehm ok lah. Mahu siap-siap solat Maghrib. Juga buletin penting di laman halal, Penarikan Pengiktirafan Badan Islam di Uruguay
Sampai habis kamu baca entry ni???
pssst punyelah panjang entry ni, tak mau komen kah? :P yang mahu membetulkan apa-apa kenyataan Fiza pun amatlah diharapkan dapat komen dan betulkan mana-mana yang kurang. Harap maaf jika lebih banyak keburukan daripada kebaikan yang terdapat dalam entry ini.
pssst masih banyak perniaagan yang diasaskan melayu juga diluar sana yang tidak mendapat cop halal lagi. Katanya kerana prosedur yang rumit. Tapi tak apa lah kalau prosedur rumit itu berbaloi dan terjaminkan?










good info!
BalasPadamsuke2 big apple~
hahah..
:)
BalasPadamhanya mampu tersenyum
@dauZsHaNLeY: suke makanan yang manis ye?
BalasPadam@zee: takpe..senyum itu sedekah :)
BalasPadamkak lebih suka pergi kedai melayu,muslim dan local kalo nak pg makan2 sbb nak tolong orang islam dan malaysia.
BalasPadamigt haram tadi...rupanyer halal ^_^
BalasPadamtapi saya x minat sgt la big apple nie.....
yeah betul...jangan cepat sangat melatah, terima bulat2 apa orang cakap...selidik itu penting :) thanks :)
BalasPadambagus nyee~~ thanks 4 the info! :D
BalasPadamgud info..;)..mijie pun x suka big apple..muak ar.huhu
BalasPadamhalal ek...
BalasPadamtapi sy x ske sgt big apple...huhu
@Sis Ili: Hah tu lah kita nak bantu sesama kita melayu Islam, harap-harap peniaga2 melayu kita tak ambil kesempatan n tingkatkan kualiti kebersihan dan makanan juga lah :)
BalasPadamAin & Mijie.. fiza pon tak suke sangat donut... manis lor.. fiza suka donut kosong tanpa gula ising.. sangat lah sedap terutama yang baru lepas goreng.. nyum3...
BalasPadam@pink glasses: sekadar berkongsi je sis.. mekasih sudi baca :)
BalasPadam@'Aqilah: Ye betul.. dengan itu kita tak terlibat menyebarkan sesuatu yang tak betul
BalasPadamkat jpon ni ssh nk carik mknn halal.nk bli atau makan pape sumer kena tgk dulu bhn2 dia..kalo mkn kat kedai plak kna tny org kedai tu pasal bhn2 yg dorang guna..huhu..
BalasPadamTanpa Nama: tu la kan. Ada juga kawan2 yang sambung belajar kat sana. cabaran betul nak cari makanan halal. Janganlah orang Malaysia ni main taram je makan kan.
BalasPadamhahah bagus2 tapi sila ambil maklum bahawa premis big apple yg disenaraikan sahaja yang ada sijil halal? yang lain? hihihi
BalasPadamdah kalau syubhah perlu ker? :-)
seb baek halal
BalasPadamko ni wat aku takut jek...
da la aku minat gile big apple.
kekeke
tak pernah makan Big Apple.
BalasPadam:)
good information..
BalasPadami can grab smthng good from here,,
halal haram amat dititikberatkan..
info yg bagus..
BalasPadamlepas nih mmg put akan search je la benda2 yg halal diwebsite tuh..
neway thanx ya 4 da info dear :)
welcome semua :) sekadar perkongsian sahaja. Jika ada kelemahan tolong tunjuk dan sama-sama kita betulkan ye?
BalasPadamowh xpernah terfikir nk search lak pasal ni..gud info..nnt kalo ada org nk belanja xyah la wisau lagi...hehe
BalasPadamthanks for info...
BalasPadamnasib baik. :DD
BalasPadamwah bgs la info ni..
BalasPadambig apple sdp..huu :)
salam blog..
BalasPadamwahh..info g sgt menarik..sharing is caring..=)
slm..ingatkn buah epal yg besar..hehe...sy pun x suka donut yg cantik2 tu..manis la..bagus gak info ni...kalo ikutkn hotel2 kat msia pun byk x der sijil halal..
BalasPadamye betul2.. manis sesangat.. :)
BalasPadamfiza,terima kasih menulis artikel ni dan bagi pautan mengenainya..akhirnya bolehlah makan dengan yakin seyakin2nya selelaps ni..memang geram bila benda makanan yang kita suka dan dah banyak orang kata halal tapi sebab segelintir je yang sibuk main cakap haram dah kecoh..grr..
BalasPadam:) segan pula bila sendra kata ini artikel. Ehm apa pun mesti ada kurang dan cacatnya tulisan saya ni.
BalasPadamApa pun jika kita rasa syak, was-was tambah-tambah tiada halal rasmi kerajaan, baiklah kita tinggalkan.