Pages

Khamis, 27 Mei 2010

Dia Memang Pandai Meraih Kasih Sang Pecinta

Assalamualaikum, selamat pagi semua! Belum sempat nak bersarapan pun, seorang teman yang jauh nun di Tanta dah buzz di ym. Bercerita soal kekasih hatinya yang SUPER PERFECT. Membuatkan hati ni turut berbunga nak pasang pakwe sePERFECT beliau. :P ahahhahaha dah merapu. Ok sila lah ikuti cerita ini ye.. seterusnya.


fiza sang pencinta nasi lomak!

Semangat cik Fhana bercerita, Fiza turut mengagumi Beliau. Anda pasti JELES!

Dia pandai bercinta, berdating sampai kaki bengkak pun tidak apa, dia suka contact malam-malam, time orang semua dah tidur, contact bercontact sampai air mata mengalir tidak terhenti, hanya untuk menjana cinta supaya menjadi lebih hebat.
Dia mempunyai jiwa yang romantik. Katanya, untuk menarik ramai orang untuk bercinta juga. Jika awak jumpa dia, dan awak buat don't know, dia akan mendekati awak dan menggunakan pelbagai teknik, supaya awak boleh kenal dia, dan bertukar cerita. Dan jika ada masa, dia akan mengetuk pintu rumah awak, ibarat kamu sudah lama kenal.
Dia memang lembut, siapa yang tak suka dengan orang lemah-lembut. Jika malam hari, dia menangis, tapi siang hari dia sangat cool. Jiwanya dia memang lembut. Kalau tengah baca-baca paper, tiba-tiba terbaca sesuatu yang menyayat hati, dia dengan pemurahnya mengeluarkan air mata. Dia memang selalu keluar, katanya mahu jumpa dengan semua orang yang dia cintai. Bertemu, bermesra, dan balik dengan memori lekat di hati.
Dia caring, nama pun romantic. Sakit, dia datang ziarah. Dalam kesusahan dia akan membantu. Pemurah dengan senyuman. Siapa yang melihat pasti terpesona.
Tapi siapakah dia yang pandai bercinta dan romantik ini? Dialah orang beriman. Cintanya yang pertama adalah Allah dan Rasul, bertemu dengan saudaranya atas dasar cinta juga. Bercontact dan berdating dalam sujud, menangis meluahkan kehambaan di malam hari. Bertemu manusia, beramah mesra, berkenal-kenalan agar dapat berkongsi rasa cintanya terhadap Penciptanya. Rasa sayang jika tidak ceritakan pada orang lain, kerana cinta Allah itu nikmat. Jika orang kaya tahu bahawa cinta Allah itu satu ketengan dan nikmat, sudah pasti dia akan rampas cinta itu walau dengan pedang sekalipun ~ ini kata orang-orang soleh.

Dia orang beriman yang hanya mengharapkan keredhaan Allah di sepanjang hayatnya

Dan, bagaimana? Adakah semua turut teruja dengan Sang Pencinta sebegini rupa? Selamat memulakan hari dengan ceria. Jangan lupa sarapan ye. Nak pi makan nasi lemak!

Psst,

Cintailah mereka yang mencintai Allah setulusnya, nescaya kita akan dipertemukan dengan cinta sejati. InsyaAllah! :)




4 insan yang prihatin:

  1. huh kalau ada sifat kat atas tu perfect la ek???

    cam susah je nk jd cam2 :p

    BalasPadam
  2. @pauhputik: Mana ada manusia yang perfect? Kita juga bukan nabi, tapi kita perlu berusaha mengejar kesempurnaan itu! itu hanya hiperbola dlm penulisan :)

    eh betul ke hiperbola? :P

    BalasPadam
  3. @::DhuHA : menyampaikan perkara yang baikkan tak perlu bertangguh :P

    BalasPadam

kait mengait

Jangan lepaskan membaca yang dibawah ni!