Pages

Jumaat, 28 Mei 2010

Indahnya Persahabatan Bila Terjalin Kerana-NYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera :) Mata dah merayu-rayu nak tidur, badan juga dah menjerit-jerit minta rehat, tapi disebabkan rasa gembira yang teramat mata dipaksa bersengkang, tangan diajak menari-nari :P oh. papan keybord menjadi medan tarian.

*Aduh merepek apa pula budak sorang ni. Nasib baik tak berkarok pula. :P

Hari ni fiza diminta bertandang ke blog milik ibu manis bernama shiela latif :) komersial betul nama sis ni kan? I like! Untuk mengutip award katanya! Ngahahha seronok bukan kepalang. Baru beberapa hari berkenalan, berbalas komen dan rasa sayang sesama teman semakin memutik. Tambah tak sangka bila sis shiela sampai beri award! Tak sangka saya. Oh ye, akhir-akhir ni ramai betul Fiza berkawan dengan mak budak. Ehehe I loike! kagum sebenarnya tengok ibu-ibu muda yang shantek2 lagi motherly itu!

Ehm yang payahnya part ni yang tak best ni  :P Fiza dikehendaki melengkapkan pantun 4 kerat dengan menghasilkan pembayangnya. Waduh-waduh, BM saya A2 dulu. Sangatlah malu (-_-')! Macam mana ye? herm-herm bantai ajelah ye tak?


Hari-hari jengah e-mail,
Kot-kot, ada yang e-mail ke?
Memang aku rasa blog aku comel,
kenapa korang jeles ke?

blog saya comel wit3


Kih kih kih tergelak sendiri :P Ok yang kaler pink tu, pembayang fiza sendiri, yang bawah tu empunya award asal yang reka ok? Fiza tak syok sendiri tau, fiza memang cute. Eh bukan kita cakap pasal blog ke? muahahah merepek lagi. Mekasih ye sis atas award ini. Tetiba datang bertandang rumah orang kena buat pembayang pantun pula. Oh ya, siapa ya yang bertuah untuk dapat award cute ni?? jeng jeng jeng?

ummi
can Ili be Akmal
zue yang baek

Seperkara lagi yang membuatkan Fiza lebih-lebih lagi gembira. Cik Farhana punya entry about award yang Fiza sampaikan padanya. Tak sangka perihal fiza yang diceritakan. Sangat terharu. Terima kasih teman. InsyaAllah teman dunia akhirat. Amin. Farhana, aku copy dan abadikan diblog ini!

Feeza memang terkenal dengan keberanian dan kecekalan dia. Kawan baik yang sememangnya melekat macam glue adalah Izrul, sekarang berada di Alexandria.. (hmm, dah lama tak lawat Izrul). Macam mana kami kenal? Kami dahulu sebilik masa di Matriks. Haha, banyak la cerita pasal kami ney.
Kisah yang paling saya tidak dapat lupakan adalah surprise party saya.Mastermind adalah feeza. Saya tak pernah ada surprise birthday party, tapi kiranya, party ini adalah kedua yang termeriah pernah diadakan untuk saya. Yang pertama, sewaktu saya berumur 5 tahun itupun kalau tak salah saya sewaktu itu ayah saya balik dari Canada ke atau New Zealand, jadi kami sambut 2 in 1. Tapi yang kedua ini memang tak dapat lupakanlah. Masuk dalam bilik kena serang, pergi bilik Jpp pun kena juga. (senyum lebar bila ingat balik). Kami sentiasa contact mengcontact, walau di mana saja bumi saya duduki, dari bumi sabah sampailah di Mesir ney. Masa feeza di Indonesia pun dia contact saya. Siap belikan saya gelang lagi. dan ada nama Fhana, Fiza..
Saya memang sukalah semangat Feeza, prinsip dia, dan banyak la lagi pasal dia. Dia memng pandai cari duit, otak kreatif, dan semangat kental. Kenalilah beliau,dan anda akan tahu betapa bestnyer berkawan dengan dia. (Hahah, feeza, tak tahu nak cakap apa sebenanrya)
Feeza ney suka makan, cubalah baca entry2 dia, banyak pasal makan kan. Saya mencadangkan agar feeza membuat satu segment khas tentang semua makanan2 yang dia pernah rasa di setiap restoran2 spesial yang dia masuk. Dan jangan lupa,letakkan sekali harga for the whole set meal ya.
Saya kalau rindu2 Malaysia saya akan buka blog feeza, sebab dalam blog dia banyak gambar2. Lagi2 gambar2 dalam itu memang berbau Malaysia, terubat sedikit rindu saya pada negara kelahiran saya. Saya doakan Feeza agar terus success dalam kehidupan beliau ( VIP untuk enrty ini), dunia dan akhirat.
P/s: Feeza, Jia You3x! 

Itu lah yang disampaikan. Tak sangka akan ada entry khas untuk fiza :) Thanks my friend. Tapi cam lebih-lebih je pasal pandai cari duet n yang lain tu. ngahahhaha. Semoga persahabatan ini berkekalan ke akhir hayat dan membawa banyak manfaat kepada semua. Kalau nak tahu banyak cita-cita pelik yang kami kongsi bersama. he he he

Buat Farhana c gadis aktif di tanah Tanta,

Usaha bersungguh-sungguh ya, dulu aku pernah bercita-cita untuk menjadi seorang doktor, aku juga hampir menggapai cita-cita itu, namun kemiskinan membuat aku mengalah, dan aku amat menyesali kelemahan aku itu. Hargai setiap peluang yang fhana ada walau pernah rasa tak suka sungguh aku jeles! Ada hikmah disebalik segalanya. Ye! Aku tak sabar untuk menunggu saat untuk memanggil mu Dr Farhana, juga tak lupa Dr Izrul Anith!


Untuk semua teman blogger,

Moga ukhwah kita berkekalan. InsyaAllah ada hikmah kita dipertemukan :)

 


8 insan yang prihatin:

  1. berkawan...biar infiniti jumlahnya....

    BalasPadam
  2. @princeduyong: hehehe comel nama :) yup infiniti dan ada ukhwah, bukan kuantiti yang dinilaikan?

    BalasPadam
  3. Oit..segan..jangan selalu promote blog aku..Huhu..
    Kalau blog tue best tak pe.. ney memende je yang aku tulis..huhu...
    untuk ko sorang baca je tak pe..
    Huhu...segan..

    BalasPadam
  4. ngeheheh mana ada aku promote blog hang?? mana ada?? :P

    BalasPadam
  5. salam fiza...thanks cepat fiza buat n3 nie...sama macam sis...hehe...sesungguhnyer blog mu ini mmg comel dgn pengisian n3 yang menarik untuk di baca...sis dtg selalu k :)

    BalasPadam
  6. congrats!..
    yang penting berkawan biar ikhlas..
    tp skunk nih bnyk yg berkawan sbb nk kan kepentingan kan?
    ish2~
    mintak2 la dijauhkan dr golongan manusia sebegitu..
    and agreed ur blog layout comey.. suke tgk bunga2 tuh :)

    BalasPadam
  7. Sis shiela.. u make my day.. :) heeeheee tersengih2 dah ni :P selalu menjenguk ye.. maceh..

    BalasPadam
  8. Cik Putput,, thanks Dude :P.. hehehe cute mute.. ngaa.. oh betul tu.. harap kita semua tak mcm tu..so phatetic if we do.. aiyaaaaayay

    BalasPadam

kait mengait

Jangan lepaskan membaca yang dibawah ni!