Pages

Isnin, 31 Mei 2010

Isu Gula 2010

"YA. Bekalan gula di Malaysia mencukupi! Tiada isu kekurangan gula. Rakyat Malaysia terutama pengguna hanya dimanipulasi oleh pihak yag tidak betangggungjawab. Jika anda diminta membuat sesuatu yang bukan-bukan semata-mata untuk mendapatkan bekalan gula baik buat aduan segera!" - Fiza Notty


Assalamualaikum. Ehm sejak ayah mula mendekatkan diri dengan dunia internet malahan sudah pandai mengintai-ngintai blog yang segan-segan nak hidup ni, ayah mula berkampung kat bilik Fiza. Terima kasih kat adik-adik yang sengal yang telah membuatkan fiza rasa nak terjun bangunan kerana kemalu-maluan lepas ayah baca entry "Jangan Kawan Dia, Mak Bapak dia Kerja Kilang Je!"uhuk seganlah ayah! buat apa baca entry along.. malulaaaaaaaaaa

Oleh sebab itu jugalah ayah membuat pertukaran bata secara halus dengan menghulurkan koleksi buku tentang Dr. Mahathir, pemimpin yang amat disanjunginya. Sambil membaca dan melayan mata yang hampir tertutup, tiba-tiba ayah bersuara

Ayah: "Along boleh buat 1 tajuk tentang gulalah! Tolong beritahu semua orang yang gula cukup je. Tak pernah habis! Kalau gula tak ada, maka lingkuplah kilang-kilang minuman, makanan, dan industri perubatan. Orang pun akan hilang pekerjaan semata-mata kerana gula!"

Itulah kata-kata ayah yang membuatkan mata ni segar bugar semula! Mana tidaknya betul juga kata ayah! Ayah dan mak dua-dua kerja kilang minuman dan makanan, tak ada sekali pun dapat cuti? Malah makin sibuk pula dengan operasi kilang. Kata ayah lagi

Ayah: "Hari-hari, bertan-tan gula dibawa masuk ke dalam kilang, kalau kilang ada cukup gula, kenapa rakyat tak dapat gula yang mencukupi? Ke mana hak rakyat pergi?"

Fiza: "Ye tak ye, juga. Kenapa ek ayah?"

Ayah: "Gula ada! Cuma ada orang yang seludup gula dan pembekal bagi gula pada industri, pemantauan tak ketat mana pun..."

Eh selamba je ayah buat kesimpulan. Bertambah lagilah semangat Fiza nak selidik berkenaan isu gula ini. Dan saya menemui jawapannya di laman web rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan data ini dah dimasukkan pada Ogos 2009 lagi. Maka dah berapa lama kita ditipu oleh peniaga yang cakap gula tak cukup??

1. Apakah situasi gula di Malaysia?

Gula merupakan bahan asas pemanis makanan yang kebanyakannya dihasilkan daripada sumber tanaman seperti tebu dan bit. Di Malaysia, penanaman ladang tebu adalah terhad dan sebahagian besar bekalan gula mentah diimport daripada negara-negara seperti Brazil dan Australia yang mana harganya ditentukan oleh keadaan pasaran. Gula merupakan barang kawalan yang dikawalselia harga dan bekalannya melalui Akta Kawalan Harga 1946 dan Akta Kawalan Bekalan 1961. Kawalan dikuatkuasakan ke atas gula pasir putih bertapis kasar dan halus dan dilaksanakan supaya bekalan gula mencukupi pada paras harga yang berpatutan.

Perintah Kawalan Harga (Barang-Barang Harga Terkawal) 2006 yang mula berkuatkuasa pada 13 September 2006 adalah seperti berikut:-

Gula Putih Bertapis:

Semenanjung :     Gula Kasar (1kg) 1.45
                           Gula Halus (1kg) 1.55
Sabah Sarawak:  Gula Kasar (1kg) 1.55
                           Gula Halus (1kg) 1.65

Sumber gambar - mr google

Hah lihat tu, menurut blog saudara kaizen shinobi yang turut mengupas isu gula ini, ada peniaga yang mensyaratkan pembelian gula dengan wajib membeli beras dari mereka. Kesimpulannya harga gula melambung tak agak-agaklah. Dari setakat RM 1.45 kena pula tambah RM 30-RM 40 lagi untuk beli beras. Apa kes? Sekali lagi pengguna menjadi mangsa! Lagi info dari KPDNKK

2. Apakah situasi bekalan gula di arena antarabangsa?

Pada tahun ini, cuaca buruk di India dan Brazil telah menyebabkan kedua-dua pengeluar terbesar gula ini menghadapi kekurangan 5 juta metrik tan pengeluaran gula. Komoditi ini juga menerima tekanan kenaikan harga akibat daripada penggunaan tebu bagi menghasilkan biobahan api. Kekurangan bekalan gula mentah dunia telah menyebabkan harga gula meningkat paling tinggi dalam tempoh 6 bulan pertama tahun ini. Harga gula telah meningkat sebanyak 80% dan adalah juga harga tertinggi dalam tempoh 27 tahun.

Walaupun kos pembelian gula mentah telah meningkat di pasaran dunia, Kerajaan masih dapat mengekalkan harga gula kasar pada RM1.45 per kilogram di pasaran tempatan dengan memastikan bekalan gula mentah bagi kegunaan rakyat sentiasa ada serta mencukupi melalui pembelian kontrak jangka panjang (LTC) bagi tempoh 2009-2011. Ini membolehkan harga belian serta bekalan gula di Malaysia dijamin.

Merujuk pada ayat-ayat yang Fiza boldkan jelas menunjukkan bekalan gula cukup dan harga tidak berubah! Seperti kata ayah, industri makanan, minuman masih hidup dan rancak beroperasi. Masakan gula tak cukupkan? Maka adakah gula benar-benar tidak mencukupi?

3. Memandangkan gula di pasaran dunia adalah terhad dan harga melambung tinggi, adakah bekalan gula di Malaysia mencukupi?

YA. Bekalan gula di Malaysia mencukupi kerana Kerajaan telah mengambil langkah bagi memastikan 70% gula mentah dijamin bekalannya pada harga yang dipersetujui melalui LTC dan hanya 30% gula mentah perlu dibeli dari pasaran bebas. Bagi tahun 2009 jangkaan penggunaan gula negara adalah 1.2 juta tan metrik. Ini bermaksud kenaikan harga gula dunia tidak mengganggu bekalan gula domestik kerana 70% bekalan telah terjamin.

Kerajaan telah menjamin tentang bekalan gula unturakyat. Jadi apa yang menyebabkan gula tidak mencukupi sebenarnya?

4. Memandangkan bekalan gula mentah di Malaysia mencukupi, mengapa masalah kekurangan bekalan masih berlaku?

1. terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan membeli gula dalam kuantiti yang besar melebihi keperluan untuk mengaut keuntungan akibat spekulasi kenaikan harga gula;
2. Industri makanan dan minuman membeli dan menyimpan gula yang lebih dari kebiasaan untuk memastikan pengeluaran tidak tergendala;
3. Permintaan meningkat berbanding bulan-bulan sebelumnya berikutan persediaan menghadapi musim perayaan; dan
4. Penyeludupan gula bersubsidi Malaysia pada harga RM 1.45/kg yang murah berbanding negara harga gula di negara-negara jiran seperti berikut:-

Singapura : RM3.13/kg
Filipina     : RM2.85/kg
Thailand   : RM2.31/kg
Indonesia : RM2.62 – 2.79/kg

Sumber : MITI (Julai 2009)


5. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan untuk menangani masalah bekalan gula?


(i)  Kerajaan menambah sebanyak 20%kuota pengeluaran gula bagi menampung keperluan tambahan musim perayaan. Kerajaan akan memantau rapi proses pengedaran bekalan gula untuk memastikan bekalan gula tambahan sampai ke pasaran;

(ii) meningkatkan aktiviti penguatkuasaan dengan kerjasama agensi-agensi penguatkuasa seperti Kastam DiRaja Malaysia (KDRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP). Kawalan di sempadan negara juga diperketatkan bagi melarang eksport gula keluar dari Malaysia. Notis larangan telah dikeluarkan di setiap sempadan;

(iii) Penjualan gula dalam bentuk loose di mana pengguna akan menceduk sendiri amaun gula yang dikehendaki.

(iv) Menarik balik lesen borong gula dengan serta merta bagi pemborong yang menyorok gula;

(v) Pembekuan pengeluaran lesen borong gula dan pembekuan penambahan kuantiti simpanan gula kepada syarikat-syarikat pemborong berkuatkuasa serta-merta. Koperasi yang terlibat dalam pengedaran barangan adalah dikecualikan;

(vi) Menguatkuasakan lesen runcit gula bagi peniaga yang beroperasi dalam lingkungan 10km dari sempadan Malaysia berkuatkuasa 1 September 2009. Ini dapat membantu pihak penguatkuasa dalam mengawal peruncit yang menyimpan gula secara berlebihan.

(vii) Pejabat PDNKK di negeri dan cawangan diminta memantau perjalanan lori / kapal yang membawa bekalan gula untuk memastikan bekalan yang dihantar sampai ke destinasi.

(viii) syarikat yang menggunakan gula bagi menghasilkan produk untuk eksport adalah DILARANG membeli gula daripada pemborong atau mana-mana pihak selain daripada kilang gula yang dilesenkan. Gula yang digunakan untuk menghasilkan produk eksport hendaklah dibeli mengikut harga gula pasaran semasa dunia.

Setakat ni nampaknya banyak langkah dan tindakan yang diambil oleh kerajaan, lihat pada ayat-ayat yang Fiza boldkan. Rasa-rasanya ada isu lain tak? Kenapa dengan cukup berhati-hatinya kerajaan kita ni masih berlaku isu kurang gula? Jadi apa peranan kita semua agar penjenayah penjenayah ni dapat kita atasi? Bagi Fiza buat sahaja aduan dengan Persatuan Pengguna. Mudah. Pernah satu ketika emak hampir ditipu oleh jurujual masa nak beli minyak masak, manager pasaraya tu pun menyebelahi pekerja dia. Masa tu fiza ada dengan mak dan ada ramai sebenarnya yang bising tak puas hati dekat sekeliling kami. walaupun orang dah mula bising dan marah-marah. Manager tu masih tak mahu mengaku yang pihak pasaraya tu cuba menipu. Dek tak tahan dengan bising-bising tu fiza cakap je kat dia macam ni

" Awak pulangkan duit kami atau saya adukan perbuatan pasaraya kamu pada persatuan pengguna?!"

Manager tu terus terangguk-angguk dan pulangkan duit kami beserta MINYAK XTRA 2 Botol kepada kami semua! Hah amik kau! Kuasa pengguna! Kesimpulannya janganlah kita mengalah kepada mereka yang cuba menipu kita secara terang-terangan ni! Bangkit dan bersuaralah! huhuhu sebenarnya mereka takut lesen kena gantung.. ha ha ha

Selain tu Fiza harap mereka di luar sana bertolak ansurlah ya. Jangan borong gula melampau sangat sampai orang lain tak dapat nak menikmati gula langsung. KAMU DAH AMBIL HAK ORANG WALAU KAMU BELI PAKAI WANG SENDIRI OK!  Jangan aniaya orang. Kalau nak beli biarlah sekadar memenuhi keperluan masing-masing. Kasihan kat industri-industri makanan kecil yang majoritinya orang melayu pengusahanya. Boleh gulung tikar mereka tanpa gula.

Oh ya bagaimanakah pengguna boleh membantu Kerajaan ?

Pengguna boleh menyampaikan maklumat kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berkenaan penyeludupan gula, kekurangan bekalan gula, membuat aduan atau memberi pandangan berkenaan isu kekurangan bekalan gula melalui:

* Talian aduan pengguna (bebas tol)
* 1 - 800 - 886 – 800
* SMS Aduan 32255

Untuk talian bilik gerakan pusat atau negeri atau maklumat lain bolehlah merujuk pada laman KPDNKK

psst
Kurangkan manis dalam minuman, lebihkan manis pada senyuman.. tapi! kalau dah takde gula sangat, siapa yang mampu senyum?! Muncung je lah yang termampu... haiiii



 Jangan tiru aksi sengal kami adik beradik ni :P







3 insan yang prihatin:

  1. kalau nak ikut, jumlah gula yang ada kat malaysia ni lebih dari cukup, bahkan boleh bagi free je. core problem adalah ramai yang menyembunyikan gula, gula yang sepatutnya di jual di market, hilang tanpa tanda.

    Gula yang hilang tu lah yang menyebabkan supply gula tak cukup nak tampung demand (bila di hebohkan yang gula berkurang, rakyat akan bertindak.. mereka akan cuba mendapatkan gula bagaikan dunia nak kiamat.. biasalah tu tipikal orang kita) bila demand tinggi, supply sikit, faham-fahamlah harga akan naik.

    Bila harga dah naik, muncul lah kembali gula yang hilang tadi.

    Nak selesaikan masalah gula, selesaikan crisis core dia.

    BalasPadam
  2. angkara pihak yg tak bertanggungjawab.. pengguna menjadik mangsa... kalau nak beli sekilo gula sampai kena tunjuk surat nikah.. memang parah...

    BalasPadam
  3. izzat aziz: betul tu rakyat malaysia kena bertolak ansur, jangan sampai percaya buta-buta semua desas desus yang tak berasas.

    Semua jadi susah sebab kes simpan-simpan gula ni.

    Sis Uda: betul tu.. apa kena mengena gula dengan surat nikah

    BalasPadam

kait mengait

Jangan lepaskan membaca yang dibawah ni!