Pages

Selasa, 25 Mei 2010

Jangan Kawan Dengan DIA, Mak Bapak Dia Kerja Kilang Je!

Cikgu pilih bulu,
kawan ikut standard,
Mak Bapak budak pandang tak lalu, 
"Jangan Kawan Dengan DIA, Mak Bapak Dia Kerja Kilang Je! "
Itu kata mereka,
Itu hakikat anak miskin dibandar!
Kenapa perlu tunduk pada mereka?

Assalamualaikum. Macam-macam ragam dalam hidup ni kan? Yang paling ketara bila dalam poket kita tak banyak cash, tak ada debit card, tak pegang buku check ditambah dengan punya mak ayah yang tak berjawatan tinggi juga tak berdegree dan bekerja sebagai kuli!

Itu hakikat hidup fiza selama 22 tahun hidup sebagai anak seorang minah kilang. eh minah lagi ke? :) Tapi saban hari, fiza rasa kagum dengan keupayaan mak ayah membesarkan kami adik beradik di bandar JB ni. Empat anak dara, huh kaya mak! Seorang anak perempuan ibarat menjaga sekandang lembu malah lagi mudah jaga lembu inikan pula 4 anak perempuan! Hebat bukan? Kenapa tiba-tiba nak bercerita pasal ni? Entahlah hati ni terpanggil-panggil nak bercerita macam mana bangganya Fiza sebagai anak pekerja kilang yang HEBAT!

along and angah. eyyuuu angah kiss :P

Satu waktu dulu Fiza selalu rasa serba kekurangan sekarang juga tapi perasaan tu semakin berkurang, masa umur belum cecah 3 tahun mak kata Fiza dah keletah, dah pandai cakap dan tanya itu ini. Satu hari tu fiza ke rumah kawan, tengok rumah dia ada set kerusi, fiza balik dan tanya mak. Dulu panggil ayah dengan panggilan abah tapi fiza tukar sebab kawan fiza panggil abah dia ayah :P

Fiza: Mak kenapa rumah kita tak ada kerusi? Rumah Wani ada.

Ayah terdengar agaknya atau mungkin mak ada berbual dengan ayah tentang soalan Fiza tu. Masa tu rasanya fiza baru 2 tahun dan ada adik(angah) yang muda setahun. Tak berapa hari kemudian kerusi baru pun sampai. Sekarang ni bila difikirkan balik, terasa betapa mak ayah fiza tak mahu kami adik beradik rasa kekurangankan?

dah 20 tahun dah

Masa ni mak ayah kerja kilang dekat Singapura, nak tak nak mak ayah terpaksa serahkan kami kepada jiran untuk dijaga. Setiap kali sebelum pergi kerja mak akan siapkan bekalan, sebab dia tahu anak dia suka masakan dia je. Terutama masa tu tekak maggi ayam. :P Mak akan masak 1 tupperware maggi untuk Fiza and angah. Kalau tak pun mak akan bagi cokelat apollo warna merah yang perisa milk/choc berbungkus-bungkus banyaknya. Tapi mak tak bagi terus kat kami sebab mak takut kami balun semuanya, jadi mak serahkan semua pada makcik tu.

Tapi mak tak tahu yang anak-anak dia tak dapat jamah pun semua tu. Makcik tu anak beranak jahat sangat. Dia ambil bekal tu, dia makan anak beranak depan kami, tapi dia gantikan semua tu dengan nasi putih dan lauk ikan goreng yang tak sedap langsung. Terkulat-kulat kami nak makan. Kalau tak makan kena marah, kena tunjal kepala, jadi kami nak tak nak terpaksa makan sambil telan air liur tengok mereka makan sambil gelak-gelakkan kami yang macam kucing terkebil-kebil makan kat hujung meja. Tak cukup tu, kami kena buli dengan anak dia. Seronok betul anak dia tolak-tolak fiza, cubit-cubit angah.

Kalau melawan, habuan dia mak ayah diorang pula balun kami dengan rotan kat tapak tangan or kaki masing-masing. Hari-hari macam tu, bermakna hari-hari kami makan makanan kucing. erk! Hal yang paling seronok masa tu bila mak datang jemput fiza and angah. Wah rasa macam dunia ni ana yang punya. Time tu lah baru rasa aman, and time tu juga kami minta cokelat and maggi. Mula-mula tu makcik tu jegil-jegil mata and bagi isyarat "JAGA KAU, ESOK KAU DATANG, SIAPLAH KAU" hah macam tu lah sambil borak-borak and berdrama depan mak. Serius seawal umur dua tahun aku dah kenal manusia talam 2 muka. Bila dah selalu kami buat macam tu mak naik anginla. Orang darah muda katakan. Mak masa tu baru umur 24 macam tu. Balik je rumah, mak pun soal siasatlah kami, kami yang 'keletah' ni pon berceritalah kat mak. Muka mak sedih masa tu. Tapi masa tu fiza tak pahamlah kenapa mak nak sedih, bukan mak yang tak dapat cokelat tu kan?

Masa tu dah rasa dah macam itulah hari terakhir duduk rumah tu. Tapi mak tak ada pilihan, sebab dah tak ada orang nak jaga kami and tak ada bukti mak nak serang orang yang ambil kesempatan ke atas susah payah mak and ayah, mak terpaksa juga hantar kami ke rumah makcik bedebah tu.Tapi, Allah sentiasa ada untuk hamba-nya yang dianiya. SENTIASA ADA! Ditakdirkan satu hari tu adik mak, pak ndak datang dari kampung and nak jemput kami sebab mak balik lewat. Sebelum tu mungkin mak dah cerita semua kekejaman makcik tu kat pak ndak. Rupa-rupanya pak ndak dah lama mengendap makcik tu and laki dia tapi masa tu pak ndak biarkan aja mereka sampailah tahap dorang nak pukul kami. Terus pak ndak terjah and tengking diorang bertubi-tubi. Hah masa tu mulalah mereka laki bini bercerekarama and cuba nak pertahankan diri masing-masing. Kononnya dia cakap kami degil tak nak mandi, sebab tu dia nak pukul kononnya. Pak ndak yang masa tu baru belasan tahun pun bertengkarlah dengan hujah-hujah dia. Dia ambil semua baju kami and bawa kami balik time tu juga! Itulah hari terakhir kami kat situ.

ngaa.. inilah pak ndak sy yang seksi meksi lg hensem tu :p


Hah padan muka kau makcik, pakcik. Baik-baik orang bagi kau upah jaga budak, terus tertutup rezeki kau. Rasanya satu kawasan Nge Heng tahu pasal kes kami ni. Esoknya, mak tak pergi kerja, esok-esoknya pun mak tak pergi kerja. Oh rupa-rupanya mak berhenti kerja sebab dah hilang kepercayaan nak bagi orang jaga kami. Tapi masa tu, tuhan aja yang tahu bebanan mak ayah kan. Kami manalah nak tahu. Kecil lagi. Sumber kewangan jadi berkurang sebab mak tak bekerja. Ayah kena bekerja dua kali ganda untuk menampung hidup kami. Kami tidur, ayah tak balik lagi, kami bangun, ayah dah pergi kerja. Bekerja di Singapore paham-pahamlah, 4 pagi dah kena bangun tunggu bas, sampai rumah pula malam dekat pukul 10 malam. Hai kompom kami dah tidur ketika itu.

Masa tu apa aja makanan yang ada kami makan. Nasib lah mak pandai masak. Sebab tu dalam susah-susah mak dan ayah, kami tetap gemuk :P Tak pernah tidur kelaparan. Makanan paling sedap masa tu maggi campur nasi putih. Sedap betul dengan kuah kari yang melimpah-limpah tu. Oh ya, lagi satu makanan yang sedap, nasi berkuahkan minyak ikan makan dengan telur goreng. Pernah rasa tak? Minyak goreng ikan tu dipanaskan, bila dah cukup panas, curah atas nasi putih yang panas and tambah telur. Hah! Mana tak gemukkan? Sampaikan dah besar ni pun kadang-kadang rindu nak makan macam tu. Adik bongsu (miza) selalu ejek, dia cakap selera Along paling pelik, macam orang KEBULUR je. Minyak pon boleh dimakan, siap bertambah-tambah pula nasinya. Tapi mak cuma senyum, mak akan cakap, adik tak rasa apa yang along dan angah rasa. Masa tu Fiza rasa nak nangis tapi fiza cuma gelak aja. Itulah yang akan terjadi bila kami adik beradik bertekak pasal makanan.Ya, apa yang fiza belajar sekarang ni, hidup jangan meminta-minta. Terima rezeki yang ada dengan REDHA. Terima kasih mak, ayah!

Haish. Dah teringat kenapa Fiza tetiba bercerita pasal ni semua. Sebenarnya mak panggil makan mee kari. Mak buat sendiri. Sedap tau! Apa bezanya mee kari mak dengan mee kari yang kat kedai atau yang mak-mak orang lain buat? Bezanya pada bahan! Contoh paling ketara ialah bebola ikan. Pernah tak kamu kamu semua makan bebola ikan yang pejal? bukan keras tau, PEJAL. Yang bila di gigit, kita dapat rasa kekenyalan kulit nipis yang membalut keseluruhan bebola tu? Bila digigit terasa bebola tu pecah cantik dalam mulut and bukan benyek. Ok, mungkin tak ada yang dapat bayangkan apa yang Fiza cuba terangkan. Penyelesaiannya mailah singgah rumah. Semua yang pernah makan mee kari mak akan paham apa yang fiza sampaikan tadi :P Hah itulah salah satu kebaikan bekerja kilang. Mak dapat beli bahan-bahan fresh. Sama macam bebola tu, tauhu kering, fish cake, tauhu, aiskrim semua beli terus dari pengilang. Yang bestnya, dengan harga murah tau contohnya Epal fuji dengan harga RM5.00 untuk 10 biji. Rasanya kat kedai borong mana yang boleh bagi harga macam tu? Tak perlu beli borong untuk dapat harga murah!


 ini my ayah :P

 ini my omak :)



Ok cukuplah. Mak dah mula nak bermukadimah membebel tu. Lagipun perut dah mula berirama dangdut dan jam pun dah pukul 10.30 malam ni. Semua tunggu Ayah. Masing-masing baru nak makan. Ayah sampai pukul 10 tadi, kerja banyak kat kilang. Stok baru sampai. Oh oklah. tata titi tutu.. kamu tengok je lah gambar kat bawah ni ya. :)

 tak sempat langsung nak melawakan hidangan, mak dah sound! nak makan hp ke ? :P

psst: 1. lagi kebaikan kerja kilang, dapat banyak stok air tin, sotong kering pelbagai rasa (bergula, pedas bergula, black pepper, lemon, dll) dan daging salai DDQ bila musim raya! Jimat-jimat :)
2. Fiza tak suke tengok TV3 Bersamamu, walaupun niat mereka baik. Rancangan ni MACAM menggalakkan masyarakat hidup meminta-minta. Oh maaf kalau ada yang tersinggung. Tapi itu pandangan Fiza sejujurnya. (nanti fiza cerita pengalaman bertemu salah seorang pakcik yang dapat bantuan bersamamu ni)

*ayat masa budak2:

budak nakal: along gemuk.. gemuk..
fiza : Yang kau sebok kenapa? ada aku datang mintak beras kat umah kau?

fuhh! berlalu pergi dengan puas hati :P








14 insan yang prihatin:

  1. Huhu..sedihnye.. tak pe keck2 pun kita kena buli dengan orang deasa, ala muka double standard pandai berdrama.. but hopefully, tarbiyah yang awak dapat supaya awakjadi lagi sabr dan tabah. Dan bijak kendalikan orang yang macam ney. Anyways, hidup dunia memang untuk mereka.

    nak asa juga masakan mak awak.. kita dah boleh makan kari dah.. masakkan untuk kite ea bile balik nanti.. hehehehe

    BalasPadam
  2. :) nak tunjuk pada semua yang susah tu xsemestnya harus tunduk pada takdir. Selagi ada rasa ingin berjaya, Allah pasti akan bantu.

    Only just U have to believe in yourself.

    BalasPadam
  3. like this entry.
    aku pon penah jugak,dipandang hina sebab x kaya..
    tapi kami adik beradik pon ckop makan.
    hehe..
    pengorbanan mak kan,xmo kite rasa susah :)

    -farah-

    BalasPadam
  4. nice experience..jd kan teladan...gud sharing for those yg ter reti nk bersukur. :)

    BalasPadam
  5. sedihla bace entri ni. huuuuu~

    BalasPadam
  6. @farah: betul tu.. kita tetap kenyangkan? :) sihat walafiat pule

    BalasPadam
  7. nurul dan keluarga memang orang besi la.kak tabik toink toink.real survivor!

    mak kak pon sanggup berenti kerja sbb nak jg kak.mulanya sbb tak dpt jumpa pengasuh sbb kami dok kawasan cina dan dia juga xmao susahkan opah dan mentua jg anak dia.bg dia orang tua tak patut susah jg anak kita lak.dpa dah betaun jg anak sndri.bg la depa rehat.bole kuar pg kelas mengaji ka apa.

    bila baca cerita nurul..kak pon nak jg anak sendiri.skrang ni pengasuh ramai yg kejam.eheh.anak pon takde lagi.kawin pon belum.huhu

    BalasPadam
  8. the real survivor.saya nak jaga anak sendiri.ceh kawin pon belum.hehe

    BalasPadam
  9. @zee: perkara sedih ni mematangkan kita , SYUKUR !

    BalasPadam
  10. @k.i.w.i : yup. Kita harus belajar memberi daripada terus meminta-mintakan? :) harap lepas ni tak ada lagi mentaliti seperti yang fiza nyatakan di awal entry,

    BalasPadam
  11. errr hensem pak ndak time mude yerr.. gmbo time ksrg xde ker. hehe ;p

    BalasPadam
  12. @kak ili : tak kak, fiza bukan survivor, survivor tu mak ayah fiza :) sebenarnya ramai lagi survivor kat luar sana yang patut dicontohi. :)

    hehehe semoga akak dapat jage anak sendiri InsyaAllah.

    BalasPadam
  13. @ummy: pak ndak dah kawen ler.. ngahahhaha dah ada 3 hero tau :P

    BalasPadam
  14. emmmm...pengalaman mengajar kita pasal kehidupan....

    BalasPadam

kait mengait

Jangan lepaskan membaca yang dibawah ni!