Pages

Ahad, 30 Mei 2010

Kejam: Bayi Dicampak, Dipijak atas Jalan!

Assalamualaikum semua! Innalillahiwainnailaihirojiun! Urut dada bila buka Kosmo! pepagi hari ni. Ini tak berlaku di Malaysia, harapnya memang tiadalah di Malaysia ni. Sangat menakutkan. Bayi jatuh sendiri pun dah rasa seram eh bukan rasa sakit semacam. Ini pula dicampak dari dokongan dan dipijak-pijak dikhalayak ramai! Kejam!

Berikut adalah artikel daripada Kosmo, 30 Mei 2010
ZHENGZHOU - Seorang wanita yang dituduh mencuri sebuah telefon bimbit di China tiba-tiba meroyan dan bertindak ganas dengan mencampakkan bayinya ke tanah dan memijak kanak-kanak berkenaan, lapor sebuah akhbar semalam.

Insiden mengerikan itu berlaku di bandar ini, wilayah Henan, baru-baru ini setelah seorang pelajar sekolah tinggi bersemuka dengan wanita itu dan seorang rakan wanitanya apabila dia diberitahu oleh beberapa saksi bahawa mereka mencuri telefon bimbitnya.

Tidak lama kemudian, beberapa anggota polis tiba di lokasi kejadian bersama saudara mara pelajar terbabit apabila perbalahan mereka menjadi semakin serius.

Berang ditolak oleh seorang saudara mara pelajar berkenaan, wanita itu tiba-tiba mencampakkan bayi itu ke tanah dan memijaknya menyebabkan budak tersebut menangis kesakitan.

Bayi tersebut bernasib baik kerana tidak cedera manakala wanita terbabit dibawa ke sebuah balai polis untuk disoal siasat. - Agensi

Ya Allah, inilah akibatnya bila kita tak tahu mengawal emosi, bayi yang tidak bersalah yang tidak tahu apa-apa yang menjadi mangsa. Berikutan ini Fiza mampu simpulkan mengapa banyak sangat manusia yang bertindak kejam kepada bayi sekarang ni. Ye lah bayi bukan mampu nak membalaskan? Tak boleh bayang pulang kes-kes rogol atau liwat bayi. Kejamnya!!!!! huh nak nangis rasa.

Tips apabila kita marah:

Bila kita marah dalam keadaan diri, duduklah.
Bila kita marah dalam keadaan duduk, segeralah berbaring,
Bila kita marah dalam keadaan berbaring? fiza rasa tido je lah :)

Rasionalnya, contoh kita tengah bertegang urat dengan seseorang dalam keadaan berdiri, baiklah kita cepat-cepat duduk. Ya lah, mana tau meroyan seperti wanita di atas, mau kita bagi sedas dua penumbuk kat orang depan matakan?

Sedih kenapa manusia semakin kejam dewasa ini? Fiza juga ada terbaca faktor-faktor yang buat orang baran adalah mereka suka kunyah tulang atau pada kata lain makan tulang. Tulang ni macam tulang ayam ke, tulang ikan ke, dah sedap kunyah-kunyah tertelanlahkan?

Faktor lain adalah kerana manusia ni selalu makan asap. Ini taklah bermaksud manusia tu letak asap dalam pinggan and makan ye? Ini merujuk kepada perokok atau perokok pasif. Hari-hari menyedut dan tersedut asap rokok.

Tulang dan asap kedua-duanya adalah makanan jin, mengikut sumber itu maka tak hairanlah manusia menjadi pemarah, bengis dan baran. Manusia makan makanan jin, jin masuklah dalam badan manusia untuk dapatkan makanan dia. Sebab tu perangai dia pun melekat kat manusia. Wallahualam.

Bila difikir-fikir balik macam ya, fiza pun cepat PANAS. Suka kunyah tulang katakan :P

Ok. Selamat subuh ye kengkawan :( masih bersedih atas nasib malang bayi tersebut. Musykil! Macam mana orang boleh sempat ambil gambar insiden ni?? Daripada ambil gambar, baik p selamatkan bayi tu! haiissh tak faham betullah!

Hai laparlah. Mau makan!

Ini gambar buka puasa tahun lepas! ngaaaa macam tak mencapai maksud berpuasa je? bukan salah saya ye!




4 insan yang prihatin:

  1. huhu. seram nye tgk fiza.
    da ka ptot bt mcm 2h. sah xbetol !

    fiza chat ? :DDDDDD

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah sihat. heee tahu xpe kan?? budak tu di pijak? haiii tak sanggup!

    BalasPadam
  3. salam..
    ngerinye tgok..
    luckily baby tu xde ape2..
    kuasa Allah..

    :)

    BalasPadam
  4. ye betul tu ipa..seram eh ngerikan? betul tu kuasa Allah utk menentukan keadaan bayi tu.. nnt ada baby nak jg elok2 (hehehe berangan.. pasangan pun takde lagi!)

    BalasPadam

kait mengait

Jangan lepaskan membaca yang dibawah ni!