Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua! Moga pagi yang indah ini menceriakan kamu lagi. Herm persoalan Fiza pagi ini, apa perasaan anda bila anda menyoal seseorang dan dia tidak memberikan sebarang tindak balas positif? Pasti sedih dan itu yang Fiza rasakan masa mula-mula menanti agar seseorang itu menjawab persolan Fiza tentang Linkwithin yang bergambar saiz thumbnails.
Letih menunggu dan memikirkan beberapa sebab positif untuk mereka tidak membalas soalan, Fiza teruskan dengan usaha belajar sendiri dahulu. hehehehe. Pakcik google kan ada. Jadi Fiza pun memulakan pencarian dengan menaip ini "macam mana nak.." belum sempat habis ayat dah keluar drop down list seperti dibawah
pagi-pagi hari dah dicemari :(
Langkah 1: Sign in ke blog anda
Langkah 2: Isi form di web ini dengan memasukkan data berikut E-mail, url blog, platform sama ada blogger/blogspot, wordpress, TypePad dan lain-lain serta jumlah thumbnails sama ada 3, 4 atau 5. Klik Get Widget.
Langkah 3: Klik pada link Install Widget
Langkah 4: Pilih blog yang ingin diletakkan widget ini jika mempunyai lebih dari 1 blog. Klik Add Widget.
Tidak perlu membuat perubahan pada Edit Content mahupun Edit template.
Langkah 5: Pindahkan Widget ke bawah bahagian blogpost.
gambar dari laman LinkWithin
Langkah 5: Save kan.
selesai! dah boleh tengok hasilnya. Tunggu beberapa minit untuk loading.
Okay! sila melonjak-lonjak kerana telah berjaya buat linkwithin beserta thumbnails. :) Lepas ni orang dah boleh baca entry2 lama kita yang dah mereka terlepas pandang. Seronok tak?
Kesimpulan: Inilah hikmahnya bangun pagi-pagi, otak mampu berfikir dengan baiknya. Ha. Ha. Ha. mode berbangga dengan sedikit usaha sendiri. Semoga yang tak tahu macam Fiza boleh tahu lepas ni.





tq laling:)
BalasPadammuahhhhhxxxxxx:-*
tahniah. dah berjaya buat. hehe. nak seribu daya kan.. all da best 4 u fiza. :D
BalasPadamaha ,
BalasPadammaceh 4 d info :)