Pages

Isnin, 17 Mei 2010

SIAPAKAH AKU?

Assalamualaikum semua. Hai, nak tulis entry tapi tak terkeluar ayat yang nak disampaikan. Agak bercelaru akhir-akhir ni. Mungkin sebab dalam tempoh ABC! :P Tambah-tambah lagi pening kepala memikirkan karenah adik-adik yang semakin menginjak dewasa..uhuiii ayat orang tua! maap hehehe Jam pun dah menunjukkan masa tidur bagi aku yang konon-kononya nak bangun awal esok pagi. :) Nak berkunjung ke UTM katanya :P  hah! tak paham lagi? ini bermaksud... TIME TO BREAK!

saje snap gambar ni.. tengah minum kopi kaw.. apesal minum kopi?? macam tak mau tido je?? aduihhh

Oh ya, sambil minum kopi sambil tengok email yang sahabat Matrik Johor kirimkan. Saudari Roziana Abu Nasir namanya. Cantik Menarik dan sudah berpunya :) hahahaha melepas korang yang bernama lelaki .. Sekadar perkongsian dalam menjawab persoalan SIAPAKAH AKU?

SIAPAKAH AKU?

Siapakah orang yang DUNGU OTAKNYA?
Mereka yang dungu adalah orang yang tidak mahu melakukan ibadat tetapi menyangka bahawa tuhan tidak akan menyeksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

Siapakah orang yang SOMBONG?
Orang yang sombong adalah orang yang diberi penghidupan tetapi tidak mahu sujud kepada Allah tuhan sekalian alam. 
"Maka bertasbihlah segala apa yang ada dibumi dan dilangit pada tuhannya kecuali jin dan manusia yang sombong diri."

Siapakah orang yang MATI HATINYA?
Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat al-Quran, hadith dan cerita-cerita kebaikan namun merasa tidak ada apa-apa kesan didalam jiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang yang KUAT?
Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika dia didalam keadaan marah.

Siapakah orang yang LEMAH?
Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan didepan matanya tidak sedikit pun kebencian didalam hatinya akan kemungkaran itu.

Siapakah orang yang BAKHIL?
Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah SAW.

Siapakah orang yang KAYA ?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak tamak dengan nikmat dunia yang sementara.

Siapakah orang yang MANIS SENYUMANNYA ?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang apabila ditimpa musibah dia akan berkata “inna lillahi wainna ilaihi raji’uun”. Kemudian dia berkata :Ya Rabbi, aku redha dengan ketentuanmu ini” sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang PANDAI?
Orang yang pandai adalah orang yang bersiap sedia untuk hari kematiannya kerana sedar dunia ini hanyalah sementara sedangkan akhiratlah yang kekal abadi.

Siapakah orang yang MAJU DALAM HIDUPNYA?
Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang sentiasa mempertingkatkan ilmu agamanya.

Siapakah orang yang GILA ITU?
Orang yang gila adalah orang yang tidak solat kerana hanya dua (2) syarat sahaja yang membolehkan seseorang itu meninggalkan solat
  1. UZUR (ABC)
  2. jika dia tidak siuman akalnya (gila)

Siapakah orang yang SELALU DITIPU?
Orang yang selalu ditipu adalah orang muda yang hanya menyangka bahawa kematian itu hanya berlaku kepada orang yang tua.

Siapakah orang yang PALING CANTIK?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang BODOH?
Orang yang bodoh adalah orang yang beria-ia berusaha sekuat tenaga hanya untuk dunia tetapi mengabaikan hari akhiratnya

AKU tergolong dalam orang yang macam mana ye?? herm.. Kesimpulannya AKU PERLU:

1. Cuba memenuhi tuntutan-NYA
2. Pelihara solat 5 waktu
3. Terus mencari ilmu penerang hati
4. Belajar melawan kemarahan/nafsu godaan syaitan
5. Mencegah maksiat sekalipun hanya mampu membenci di dalam hati
6. Mempertingkat Selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W
7. BERZAKAT
8. Percaya dengan qada' dan qadar
9. Ingat MATI
10.  Pelihara Akhlak
11. Bersederhana dunia dan akhirat. SEIMBANG

Sekian.. selamat malam kengkawan yang dicintai dan sangat dihormati :) Moga sentiasa dibawah payungan limpah rahmat-NYA dan rahim-NYA. Maaf atas segala kekasaran bahasa aku sepanjang berblog ni. MAAF JUGA MENYINGGAH BLOG KALIAN SAMBIL BERTANYA.. SIAPA KAMU ? :)

4 insan yang prihatin:

  1. nak sangat jadi camni

    Siapakah orang yang MANIS SENYUMANNYA ?
    Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang apabila ditimpa musibah dia akan berkata “inna lillahi wainna ilaihi raji’uun”. Kemudian dia berkata :Ya Rabbi, aku redha dengan ketentuanmu ini” sambil mengukir senyuman.

    Siapakah orang yang KUAT?
    Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika dia didalam keadaan marah.

    ni adalah yang paling kak teringin nak jadi

    BalasPadam
  2. nak sangat jadi camni

  3. nak sangat jadi camni

  4. insyaAllah kak.. kalau kita tak pernah leka dan jemu berusaha. Mari sama-sama kita usahakan. :)

    BalasPadam

kait mengait

Jangan lepaskan membaca yang dibawah ni!