Pages

Jumaat, 21 Mei 2010

Tips Melepasi Titian Sirat

Assalamualaikum :) biasakan diri anda dengan tersenyum.. ye bayangkan aku tersenyum bukan aku yang menyeringai..sebab ia sungguh mengerikan ahah! herm hari ni nak berkongsi tentang tips yang diperoleh dari blog sahabat tercinta.. cik Rifhan Najlaa.. ehm untuk mengupas dengan baik memanglah tidak pandai, tapi harap sampailah niat dihati untuk menyampaikan sedikit ilmu.

Semua rata-ratanya pernah dengar pasal titian sirat, titian yang mana ada yang kata dari sehelai rambut dibelah 7, dan dari 1/7 itu dibelah 7 lagi bagi melambangkan betapa halusnya titian ini dan semestinya amatlah mustahil kalau kita nak membayangkan kita dapat mengimbangi badan dan melintas dengan baik atas titian yang sebegitu rupakan? tapi siapa kita untuk mempersoalkan kekuasaan dan kebolehan Allah yang Maha Besar. Subhanallah!

Disebabkan aku tak mampu untuk menyampaikan dengan baik, aku kongsikan entry yang ditulis oleh saudari najlaa di sini.. sila baca dan ambillah pengajaran daripadanya.

Dalam sebuah hadith panjang riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud

"Dan diletakkan sebuah jambatan di atas neraka jahannam, lalu aku dan umatku menjadi orang pertama yang meniti di atasnya. Rasul-rasul berdoa pada hari itu : 'Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.' Di kanan kirinya ada pengait-pengait seperti duri pokok Sa'dan. Pernahkah kalian melihat duri pokok Sa'dan?" Para sahabat menjawab, "pernah, wahai Rasulullah."

Baginda melanjutkan : "Sesungguhnya pengait itu seperti duri poko Sa'dan, namun hanya ALLAH yang tahu besarnya. Maka ramai manusia yang disambar dengan pengait itu sesuai dengan amal perbuatannya di dunia."

Suasana pada saat itu pastinya mengerikan. Suara teriakan, jeritan meminta tolong, tangisan, dan ketakutan terdengar dari pelbagai arah. Lebih mengerikan suara gemuruh api neraka dari bawah sirat yang siap menelan orang terjatuh ke dalamnya. Tidak henti-henti Rasulullah s.a.w. dan nabi-nabi yang lain termasuk juga malaikat berdoa untuk keselamatan manusia,

"Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan."


Setiap muslim wajib menjadikan kepercayaan kepada perkara ini sebagai aqidahnya. Berkenaan dengan sifat titian ini, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda mafhumnya : "Ia ialah sebuah jalan yang sangat licin, kaki sulit sekali berdiri di atasnya." (Riwayat Imam Muslim daripada Abu Said Al-Khudri)

Dalam hadith Ahmad daripada Aisyah r.h.a., Rasulullah s.a.w. menyifatkan bahawa sifat titian itu adalah lebih tipis daripada rambut dan lebih tajam daripada pedang.

Sirat di akhirat ini wujud hasil daripada titian (jalan) hidup yang kita pilih selama tinggal di dunia. Oleh sebab itu, siapa yang memilih jalan ALLAH, sambil bepegang teguh dengan syariat Islam, maka sirat di akhirat ini akan mudah dilalui untuk sampai ke syurga idaman.

Sebaliknya, siapa yang enggan melalui jalan ALLAH ini, lalu memilih jalan hidup yang bebas daripada aturan halal-haram, maka hari itu sirat yang akan dilaluinya menjadi sangat sempit dan sukar dilalui. Golongan ini akan tergelincir dari titian lalu jatuh melayang-layang ke dalam neraka jahannam selama-lamanya.

Imam Abu Tahir al-Qazwini berkata : Setiap orang yang biasa berjalan di titian agama, maka ia akan sangat mudah melintasi sirat di akhirat. Dan sesiapa yang tidak biasa melaluinya, maka ia akan menemui kesulitan berjalan di atasnya, kakinya akan tergelincir dan ia akan menyesal selama-lamanya."


Jadi di sini, disertakan tips dan pantang larat sirat :)

Rasulullah s.a.w. pernah menyebut beberapa amalan yang dapat menjamin keselamatan seseorang melintas di atas sirat. Antaranya adalah :

~Banyakkan bersedekah

~Melazimkan diri hadir ke masjid

Sebaliknya, beberapa amalan buruk dapat merencatkan kelancaran perjalanan seseorang di atas titian sirat. Amalan itu antara lain ialah :

Membuat tuduhan dusta kepada seorang Mukmin.

Abu Daud meriwayatkan daripada Muaz bin Anas al-Juhani, sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

"Sesiapa yang menjaga seorang Mukmin daripada gangguan munafik, maka ALLAH akan mengutus seorang malaikat untuk menjaga tubuhnya daripada api neraka jahannam, dan sesiapa yang membuat tuduhan (dusta) kepada seorang Mukmin untuk memburukkan namanya, maka ALLAH akan menghentikan langkahnya di atas sirat hingga ia bersedia melepaskan tuduhan tersebut."

*Termasuk membuat tuduhan dusta ialah menyokong tuduhan tersebut dan menyebarkannya dalam kalangan masyarakat untuk merosakkan nama baik atau reputasi orang yang dituduh. Justeru, berhati-hatilah dalam menapis tiap berita dan cerita yang kita terima. Lebih-lebih lagi bila berkaitan dengan dosa seperti zina dan liwat. Kita memohon agar ALLAH membersihkan umat kita daripada sikap-sikap yang tidak sihat ini.

sumber asal : artikel Umar M Noor, Majalah Solusi Isu-18


Ok dapat apa yang aku nak kongsikan? :) kesimpulannya ada 2 tips atau amalan yang membantu kita melepasi TITIAN SIRAT:

Banyakkan bersedekah : Ya! Bersedekahlah! Jika kita tak mampu memberi wang ringgit, bersedekahlah dengan IKHLASKAN senyuman kita. Ingat sekecil-kecil amalan kita, tetap akan dinilai. Jadik jangan risau untuk senyum. Kalau senyum menggatal memang mengudang selipar ke mulut :P ahhahah

Melazimkan diri ke masjid : Hal ini aku cadangkan bagi yang lelaki, kerana sebaik-baik tempat bagi wanita adalah dirumahnya. Terutama yang dah berkahwin. Wahai saudara perempuanku, janganlah kau bersedih atau berasa tidak adil dengan hal ini. Ini kerana bila suamimu mengerjakan sesuatu perkara baik, kamu juga turut mendapat habuannya, sebaliknya bagi lelaki mereka dipertanggungjawabkan di atas dosa-dosamu. Oleh itu? Bersyukurlah telah diciptakan sebagai wanita! Mudahmya mendapat pahala bagi wanita kan?

Seterusnya.. berPANTANGlah dari mengata yang tidak-tidak tentang orang lain :) Takut jadik fitnah! Apatah lagi menjadi tukang sokong. Padahal kita tak tahu duduk perkara sebenar sesuatu perkara. hahahah contohnya hal-hal politik. Bila tak suke sesuatu pihak tu sedap je kita angguk mengiakan keburukan pihak tu, padahal tak tau apa pon and tak ada inisiatif pon nak siasat ke apa ke.. haiii perkara-perkara yang KECIL macam ni rupanya yang membahayakan kita di AKHIRAT sana nanti. Astaghfirullah.

Ok pesanan terakhir. Mari beristighfar banyak-banyak! Moga Allah ampunkan dosa-dosa kita. eh eh ada pesanan lagi.. hehehe jangan lupa ke blog najlaa untuk baca banyak lagi kisah2 menarik yang dapat membangunkan kredibiliti sebagai muslim :)


OHH YE.. SUDAHKAH ANDA MENUNAIKAN TANGGUJAWAB ANDA UNTUK MEMBAYAR ZAKAT? 
heee saya belum.. saya tak BEKERJA lagi..








13 insan yang prihatin:

  1. hehe..oleh itu kene la sentiasa beramal kalau nak lepas titi ni..hati kene la ikhlas dalam beramal..jgn sebab nak lepas titian sirat je kte beramal...

    bte,dpt POP kt sini..

    BalasPadam
  2. :) "jgn sebab nak lepas titian sirat je kte beramal..." jdik blur kat cni.. beramal utk mengejar keredhaan-NYA

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. terima kasih ye :)

    BalasPadam
  5. masa kecik2 mak selalu cerita tentang titian sirat

    ada yang lalu sepantas kilat, sepantas kuda, semua bergantung pada amalan di dunia :)

    nice info..

    BalasPadam
  6. sye pon lum byar zakat.. sbb masih study~~

    sye dh follow awak!!
    do keep in touch..

    lg 1~
    layout awak sgt sgt chumel!! :P

    BalasPadam
  7. @ipa_faiza~ : terima kasih sudi follow.. cute ? heee suke2... keep in touch :)

    @Mommy_Pinky : ye betul tu.. masa kecik kita tau benda2 mcm tu.. seba macam kagum n pelik.. sampai tak terperasan pon nasihat-nasihat yang datang sekali dengan gambaran2 luar biasa tu.. hehehe

    BalasPadam
  8. tidak mengata yang tidak-tidak tentang orang lain..huhu.katakan TIDAK kepada mengumpat

    BalasPadam
  9. ye betul tu sis aili tersayang :)

    BalasPadam
  10. sesama :) sharing is caring. Jgn lupe ambil apa yang baik ye..

    BalasPadam

kait mengait

Jangan lepaskan membaca yang dibawah ni!