Pages

Jumaat, 4 Jun 2010

Saiful Bukhari Sah Diliwat

New update di yahoo memperkatakan perkara yang sama, begitu juga kosmo rupanya. Tak habis-habis lagi kisah Saiful ni. Kalau dulu Fiza pernah terbaca di akhbar English NST yang menyatakan pengakuan seorang saksi juga seorang doktor bahawa Saiful tidak diliwat. Oh mungkin Fiza salah faham kot. Ye lah bukan pandai sangat bahasa English ni. SPM baru A1, Muet pula sekadar band 4. Siasatan demi siasatan terus dilaksanakan bagi membukti bahawa Saiful telah diliwat seperti yang didakwa.


Dua-dua hensem :)


Fiza juga pasti di facebook, group yang membenci Saiful Bukhari rancak berbicara tentang berita muktahir ni. Ehm Fiza pun tak tau nak percaya yang mana satu. Kini seperti yang dinyatakan di akhbar Kosmo, doktor pakar pula mengesahkan Saiful sah diliwat dan terdapat dua DNA lelaki pada duburnya! Wah, selain Anuar Ibrahim, siapa pula yang seorang lagi?


KUALA LUMPUR - Laporan klinikal dan laporan kimia berhubung sampel yang diambil daripada dubur Mohd. Saiful Azlan Bukhari mengesahkan kewujudan air mani dan DNA dua lelaki yang menunjukkan berlaku kemasukan zakar ke dalam dubur pengadu.

Perkara itu disahkan pakar bedah am Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Mohd. Razali Ibrahim selaku saksi pendakwaan kedua yang memberi keterangan dalam perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi di sini semalam.

Razali merupakan antara tiga pakar perubatan yang menjalankan pemeriksaan serta mengambil sampel daripada dubur Mohd. Saiful ketika pengadu datang membuat pemeriksaan di HKL pada 28 Jun 2008.

Beliau yang disoal Peguam Cara Negara 11, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden berkata, setelah meneliti kedua-dua laporan tersebut, beliau merumuskan ia adalah konsisten dengan cerita pengadu yang dirinya telah diliwat.

"Dengan kedua-dua laporan ini sekarang, saya boleh katakan adanya kemasukan zakar dalam dubur pengadu walaupun tiada sebarang kecederaan, trauma atau kesan koyakan pada duburnya disebabkan penggunaan pelincir," katanya yang baru semalam ditunjukkan dengan laporan kimia tersebut oleh pihak pendakwaan

Fiza harap kes ini akan segera selesai dan yang salah akan dihukum. Fiza juga nak buat cadangan, memandangkan bermacam-macam bukti yang dinyatakan. Apa kata lepas ni bila PERKARA SEBENAR telah terbukti, mereka-mereka yang terlibat memberi kenyataan palsu atau pembelaan palsu turut sama dikenakan tindakan. Bak kata pepatah, senang sama-sama senang, susah sama-sama susahlah kan?

Kalaulah Saiful Bakhari benar-benar diliwat dan kalaulah ini sekadar konspirasi politik dalam menjatuhkan Anuar Ibrahim. Hai.

Ada beberapa kemungkinan setelah terbukti diliwat:
1. Benar Saiful Bukhari diliwat oleh Anuar Ibrahim secara rela.
2. Benar Saiful Bukhari diliwat oleh Anuar Ibrahim secara paksa.
3. Benar Saiful Bukhari diliwat oleh Seseorang secara rela dan Anuar menjadi kambing hitamnya.
4. Benar Saiful Bukhari diliwat oleh Seseorang secara paksa dan Anuar menjadi kambing hitamnya.

Ehm menurut kenyataan juga tiada luka atau koyakkan atas kesan paksaan kerana ada pelincir. Akal jahat terfikir, siapa pula yang tolong pegang Saiful ketika pelincir disapu? atau Saiful dipengsankan? atau Saiful Bukhari menunggu? arrrrgghhh tak boleh fikir tak boleh fikir.

Apa pun Fiza berharap ini bukanlah satu lagi agenda seperti mana dulu keluar kenyataan yang Dr Mahathir mengaku sengaja mengenakan Anuar atau seperti di satu parlimen dulu seseorang mengaku dah penat buat dosa, mengada-adakan apa yang tak ada dan seterusnya meminta maaf secara terbuka kononnya dah letih dengan permainan politik. Hem yang ni fiza tengok kat tv3. :)

Ehm tertanya-tanya juga. Siapa individu ke dua yang DNA nya ditemui oleh Dr. Zainal ye? Kenapa individu ini tidak turut diadukan oleh Saiful Bukhari? Apa yang pasti negara luar sangat bergembira dan menikmati situasi politik Malaysia kini. Rajin-rajinlah baca paper dari seberang, ya lah kebanyakkan berita yang tersiar pastilah yang pro sahajakan?








10 insan yang prihatin:

  1. Hahaha..dua2 handsome..Tak leh tahan...

    BalasPadam
  2. penat dgn kes ni. tak habis2 =.="

    BalasPadam
  3. konpem dia tak diliwat..kawan aku ada kerja kat pusrawi..doktor kat sane dah cek dua kali memang tak kena liwat pn.

    BalasPadam
  4. dhuha: :P sedaplah mata memandang.. tp utk mendengar cerita tu jadi xsedap balik..

    zee: xpelah duet depa banyak nak naik turun mahkamah ngehehehe

    edd: tu lah dulu dah keluar laporannyakan? tapi beselah.. :)

    BalasPadam
  5. x abis-abis lagi kisah ini..dah lama kes ini berlaku tp msh xde penyelesaian

    BalasPadam
  6. HANYA ALLAH YG MAHA MENGETAHUI...AKU BOSAN NK

    BACA KES LIWAT NI...SUME(KAP-LAM-YA-NGA)..HAHAHH

    BalasPadam
  7. rs ye jgn la tulis entry mcm gini..berbentuk politik..kang x psl² jd len..sekadar pandangan..

    BalasPadam
  8. @ Nurhidayah Shamsury: hehehe :) blog ni madah paling sesuai untuk meluah rasa and pendapat sekarang ni. Cume jangan salah guna cukuplah.

    @ Tanpa Nama: Kaf lam ya nga!!! I like!! suke juge gune perkataan ni.. hehehhe

    @ Faisal Abdullah: Yup! itulah yang mewarna dunia politik kita :) huissshh bila nak abes ek?

    BalasPadam
  9. Pembetulan.

    Tun Dr Mahathir tak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau sengaja mengenakan Anwar Ibrahim. Harap ianya di betulkan.

    BalasPadam
  10. @ Nescafe ais : :) fiza ckp keluar kenyataan, bukan fiza menyatakan yang Dr. Mahathir mengaku mengenakan Anuar. Harap jelas.

    Mekasih sebab prihatin, ini menunjukkan ada yang tau bahawa kenyataan yang fiza dengar adalah tak benar.

    BalasPadam

kait mengait

Jangan lepaskan membaca yang dibawah ni!