Akhirnya Fiza dah sampai di kolej, dah pun masuk kelas untuk minggu ni dan kini tengah beristirehat di meja study aka meja makan, meja tonton video, meja SERBAGUNA :) Sila lihat gambar di bawah, saje je nak tunjuk kesemakkan meja ku yang kuning ala-ala warna di Raja.
hah semakkan? macam-macam ado!
Meh2 nak wat sikit explanation tentang kepentingan benda-benda yang saje je menyemakkan keadaan meja di Raja ni. Mula dari kiri ujung sehingga ke kanan.
1. Pewangi Air wick: Membantu membersihkan lubang idung yang hampir2 tersumbat dek pelbagai bau bendasing
2. Botol Shaker: Bertindak sebagai pembacuh milo yang sgt hebat, cawan maggi mini, cawan air dan memang bekas serbaguna lagi ajaib! pssst fiza bawa ni je sebagai satu2nye cawan di bilik
3. Hard disk Maxtor: Tong sampah bagi segala movie, data, software dan macam2 lagi makhluk virus :P
4. Pocket Dictionary: Membantu menterjemah untuk daku yang tak terror BI :) dah kate mini, memang sikit je la yang kamus ni boleh bantu
5. Visual Basic 2008: Have to master this! oh oh oh~
6. kertas Biru : Bukti saya drop subject sebab terlebih daftar subjek :P memandai je fiza ni.. haha
7. Asp.net : Need to master this too! dup dap dup dap buat jantung takleh berdegup dengan indahnye
8. Sikat Ajaib : membantu merapikan rambutku yang bakal mengalahkan pokcik Einstein bila-bila masa fiza mula bermain dengan kod-kod dan bahasa komputer yang 'indah-indah' belaka
9. Mr. Fujitchu : hah mesin serbagunaku!!!! macam-macam ada
10. Tupperware : utk masak maggi di kala malas nak merayap ke cafe yang sekangkang kera je tu.. sah pemalas minah sorang ni kan.
Lihat-lihat ni baru siket ni. naseb bek tak dilambakkan lagi benda-benda len atas meja ni. haiii mau sesat semut-semut or lipas-lipas yang bakal datang menziarah. haha
K la, buat kawan -kawan yang macam fiza ketika ni.. selamat menghadapi tahun akhir di Universiti, bagi yang dah memulakan pengajian peringkat Master, all the best for u all, pray for me ok.. nak join kalian juga.. apakan daya kos ku makan mase 3 1/2 tahun.. tunggu ye.. untuk kawan-kawan yang sudi singgah n baca entry kali ni.. arigato gozaimasu! heheheehe
Inilah pemandangan dari sisi meja study. Damai permai je. Haii sonoknye.
kesian kat 2 kawan yang terpakse merentas padang di tengah hari matahari mencanak ni utk sampai ke bilik dorang. Sabar je la dek non oii.. (^_^) Y ! hai cuaca elok ni.. mau p sidai baju jap la.. tata sume. :)

cantik meja hang.. meja aku je bese.. masuk neykan dah dua kali kerusi aku patah.. aku nak beli kerusi powernyer..
BalasPadamkerusi aku jrang patah..sebab aku wat keje smbil duduk atas katil.. muahahaha .. rumate aku ckp aku syg gile kat katil smpai takmo turun dr katil.. :P
BalasPadam