Pages

Selasa, 12 Oktober 2010

Melukis Inai, Henna Design dan cerita disebaliknya

Salam. Lama sungguh tak mengarang ayat kat sini. Tambah-tambah di tahun akhir di universiti. Tekanan yang amat. Normal lah tu bagi student tahun akhirkan?


Oh! Aku insan lemah. 
Memang cepat gelabah. 
Bila stress menghantui diri. 
Diri kaku tak mahu berdiri. 
Mulut kata selesa menyelimut diri. 
Dalam hati gelisah nak mati! 
Ah! sekali lagi aku berserah.
Moga esok semakin tabah!

Ehm dalam tak boleh nak bergerak mengerjakan sebarang tutorial mahupun projek tahun akhir, otak ligat memikirkan cara-cara untuk membina semula semangat. Aktiviti mandi lama-lama dalam bilik air, mengemas menyusun atur kedudukan perabot di bilik serta menyelongkar almari nampaknye masih tak mampu untuk mencetuskan suasana segar yang diharapkan. Otak masih bengap seperti sebelum ini. Aduh. Berat ni. Nak nanges ibarat dah kering air mata. Hanya mampu membuat hati merasa semakin sesak.

Terus ajak kawan-kawan mencari inai. Ingin melepaskan stress dengan menconteng-conteng. Tak cukup dengan menconteng melorek buku nota dalam kuliah. Kat bilik nak sambung lagi. Nasib baik dinding asrama mahupun tilam tebal tak menjadi mangsa luahan perasaan. Kalo tak memang sungguh tak beradablah aku ini. VANDALISME ok! I'm not that kind of person. If I do, that was about 18 years ago. Doodled on my parents wall. Sekarang dah ada dinding facebook. Maka menggunakan medium yang ada untuk meluah rasa seadanya!

Stress semakin tak terbendung. Teringat zaman pra percubaan PMR peringkat MRSM dulu. Jiwa kacau bila gagal menjawab soalan Math yang sungguhlah menguji kredibiliti sebagai mentor Math (konon-kononlah kan). Balik bilik kutip segala sepit baju. Mula menyepit rambut-rambut di kepala, sambil main hentak-hentak kaki n pusing sekeliling bilik sambil sengih-sengih, gelak-gelak sorang diri. Masa tu orang tak cakaplah gila. Sebab cute je rupanya. Budak tingkatan 3 la katakan. Tapi kalo sekarang ni aku buat gaya ghupe tu lagi. Mahunye rumate cepat-cepat call Tanjung Rambutan mintak pelindungan diri sebab ada orang gila terlepas ke mari! (aku lah tu) ahahaha

Inai dah beli tinggal mencari mangsa saja lagi. Oh sudah pasti kulit sendiri kanvas utama. Tempat untuk mencorak mewarna. Dah puas dengan tangan sendiri cari pulak mangsa lain lagi. Ahaha padan muka semua tak dapat nak lari. Andai inai ni tak habis lagi, maka korang tempat memuaskan diri. Ok jangan pikir jauh sangat ye!! sebat karang! ini blog umum! Ada pulak yang bertanya apasal ni? dah tak sabor nak berlaki ke? aiyaaa mau aja kasi pelempang free. Cool cool. Sedapnye kalau dapat makan aiskrim mat kool! Terliur tengok iklan kat tv td. NYUM!~


Ini hasil pertama cuba-cuba conteng ala-ala industan :P 
pas jeling2 tgk auntie kat Bazaar JB cara dia lukis2 tangan teman sebelum raya aritu.
Gaya tangan macam nak bagi penamporkan? hahahaha
 

hah pemandangan yang mungkin lebih jelas :)


 ini percubaan ke 3.. percubaan ke 2 gambonye kat cik rumate..
malas nak p mintak kat dia... 
 sebenar-benarnye takut kena penumbuk free mengaco tengah2 malam camni :P


ini untuk rakan non muslim.. aku conteng2 le corak kupu2 ni.
 


 penumbuk paling mempesonakan kan?? ahahha sapa nak?



 yang berlatar belakang hitam n kuning(hasil) tu corak terakhir dilukis.
Kaki pon aku bedal conteng-conteng. Pun kat kaki cik rumate. Yang tu tak sempat amek gambo kot.
Dah ngantok sangat masa melukis tu.. :P

Oh mata dah mengantuk la pula. Asal nak mula bekerja je ngantuk. Asal nak tido pulak.. mata tak boleh tutup. Alahai badan. Nasiblah. Oh rumate menggalakan buka booth menginai. Herm tak mampulah. Sangat tidak berbakat. Tapi andai ada yang merelakan diri untuk kulitnya dicemar duli secara FREE meh la munculkan diri kat UTM Skudai ni :) Saya sedia n setia menanti! sambil wat muka sopan n klip2 mata Kalo takut stok inai daku abis. Kome angkutlah inai kome sendiri. Kat atas tu aku guna inai tube ubat gigi tu je. Corong pon guna corong yang dibekalkan. Sangatlah tak boleh nak wat bisnes. HEHE!



2 insan yang prihatin:

  1. oh cantik. teringin nak pakai tapi malas nak pergi kedai and tak reti nak lukis sendiri. huhu

    BalasPadam
  2. maknanya??? jom aku conteng tgn ko! :)

    BalasPadam

kait mengait

Jangan lepaskan membaca yang dibawah ni!