- Solat Malam mendamai JIWASolat Malam peranannya adalah dalam menghidupkan hati, menguatkan jiwa, melapangkan dada, memberi ketenangan bagi roh serta melawan hawa nafsu dan membentengi diri dari musuh zahir dan batin,
Sebahagian org soleh berkata: “Orang yang paling menyedihkan di dunia ini ialah mereka yang meninggalkan dunia, tanpa sempat merasakan kebaikan yang ada di dalamnya.” Lalu ada yang bertanya: “Apakah gerangan yang terbaik di dunia ini?” Kemudian dijawab: “Mengenal dan cinta kepada Allah, sentiasa mengingat-Nya dan mengagung-Nya melalui Solat Malam.”
Salah seorang ulama tabi’in bercerita: “Saya telah bermimpi bertemu dengan seorang wanita yang cantik jelita. Saya bertanya kepadanya: ‘Siapakah kamu?’ Dia menjawab ‘Saya bidadari syurga.’ Kemudian saya bertanya lagi kepadanya: ‘Apakah kamu mahu berkahwin dengan saya?’ Dia menjawab: ‘Lamarlah aku dulu tuan.’ Saya bertanya lagi: ‘Apakah mas kahwinmu?’ Dia menjawab: ‘Solat sepanjang malam’.”
Cucu Rasulullah s.a.w., iaitu Hasan bin Ali berkata: “Jika anda tidak mampu melakukan solat pada waktu malam (Solat Malam) dan puasa (sunat) pada siang harinya, maka (menandakan) anda telah ‘terhalang’ dari rahmat Allah dan menandakan bahawa dosa anda akan melimpah-limpah.”
gambar ehsan google
*Entry ini semata-mata peringatan bagi saya. Andai ada yang terpanggil untuk sama mengerjakannya, Alhamdulillah! ;)


b, good entry. pelaburan besa utk akhirat :) solat mlm kn tradisi org soleh, n meneguhkn jiwa. sbbtu bile pegi berubat pn, ustaz2 slalu suh istiqgamah tahajjud. solat mlm buktikan keikhlasan n kecintaan pd ALLAH sbb kte bgn ms org lain tgh tidur n x tau ape kte tgh buat. :)
BalasPadamAlhamdulillah...waktu sepertiga malam itulah waktu dimana langit2 dibuka untuk Allah mendengar rintihan dan taubat para Hamba-nya..MASYAALLAH..rugi kepada barangsiapa yang tidak mengambil peluang itu..ALLAHU...
BalasPadam