Pages

Ahad, 9 Januari 2011

BERTANGGUNGJAWABKAH KAMU WAHAI BLOGGER?!

Assalamualaikum.

Lama sebenarnya dah tak blog walking. Tapi beberapa hari lepas seorang junior share link blog somebody di fb. Tergerak hatilah nak membaca sebab dia tulis SERIUS kelakar. Kelakar memang kelakar, aku mula membaca entry-entry lama dia. Terasa nak follow, nak like fanpage dia pun ya, tapi nasib baik tak terlike dan terfollow. fuuuhh~

Mula-mula baca memang rasa syok lah. Gelak2, tapi makin aku baca aku mula rasa meluat. Yes feel like I am judging him via his writting!! TAPI, jangan salahkan aku bila bertindak begitu.

Dalam masa beberapa jam di page beliau, aku dapat lihatlah bagaimana dia menyuarakan pendapatnya, dan bagaimana melayu-melayu moden naik sama membackup his idea terutamanya dalam entry kalimah cat.

Mungkin dia hanya mahu menegur bagaimana segelintir MELAYU berIC ISLAM berfikir, jangan mudah terpengaruh bila lihat perkara-perkara seperti Nama-nama Allah yang muncul pada flora dan fauna mahupun objek lain sebagai tanda kekuasaan Allah.

Ada sesetengah MELAYU pula mahu berdiri sama dengan pendirian dengan menyatakan Melayu bodoh tak kaji, tak buat apa, ikut sedap je telan/terima apa orang kata. Like science is everything to them.

Mungkin benar keadaan ni, atau mungkin mereka yang salah dalam menilai? Tahu tak mereka Islam dan Sains memang saling berkaitan? Tapi tahu tak mereka yang sebagai seorang ISLAM, kita meletakkan Kepercayaan kepada Agama ISLAM baru disusuli dengan sains dan bukan sebaliknya?? Tahu tak mereka ada perkara yang manusia mampu fikir, mampu persoal, mampu ramal tapi banyak perkara yang akal manusia tak mampu langsung capai? Tahu tak?

Kadangkala agak kecewa dengan cara orang kita memilih bahan bacaan, asal sedap seronok melekat dihati terus jadi pujaan. Itu yang u all kata u all buat kajian ke????? Tanya diri sendiri, di mana pegangan kamu.

Tolong bezakan dengan baik ISLAM, MELAYU ISLAM, CINA ISLAM, INDIA ISLAM. Adakah semuanya benar-benar memahami ISLAM? Jangan suka-suka buat statement seperti "Kadang2 tengak orang ISLAM ni macam hipokrit pulak". Sayang intan manis, kenapa tak guna MELAYU je? as kat Malaysia ni ramai otaknya bila sebut ISLAM je dorang akan anggap MELAYUkan?

Kadang2 macam terfikir, kat sekolah dulu ustazah-ustazah atau ustaz-ustaz tak habis terangkan ke pasal ISLAM? Paling koman pun bagi yang ada mak ayah berIC ISLAM tak terangkan ke kat anak2? Mungkin cara aku bertanya ni kasar, tapi bagi aku bukan ustazah, cikgu atau mak bapak yang harus dipersalahkan jika pada usia 20 lebih (usia layak kawen) korang masih tak faham ISLAM sesungguhnya. Kerana apa? Kerana korang dah ada akal, kecuali kalau hospital mental dah bagi ko kad pesakit mental / GILA baru aku tak salahkan ko kalo ko tak tau apa tu ISLAM setelah ALLAH bagi ko pinjam nyawa dia hampir suku abad usia!

Cuma nak cakap, kalau ada kat luar sana nak kata ada agama selain agama ISLAM, pergilah balik belajar perkara asas. Tak rugi. Aku juga masih bertatih-tatih dalam mencari hidayah Allah. Hidayah itu bukan hanya perlu diminta2, kita perlu ada usaha bagi mencapainya!

Selain itu, bertanggungjawablah dengan apa yang anda tulis. Mungkin orang moden bijak pandai macam anda boleh mengerti apa yang anda ingin sampaikan, tapi bagaimana pula bagi mereka yang belum kenal ISLAM?



"YA ALLAH sesungguhnya aku memohon padaMU agar engkau limpahkan rahmatMU
ke atas penghulu kami Muhammad SAW dan ke atas sekalian para nabi dan rasul
juga ke atas seluruh keluarga dan sahabat sahabat mereka dan
juga agar engkau mengampunkan dosaku yang telah lalu dan memeliharaku pada usiaku yang masih berbaki"


Maaf andai saya terkasar bahasa, cuma tolong fikir, tolong jaga kata-kata apabila bersuara sebagai ISLAM. Mungkin ramai tak perasan, tapi kita ibarat duta-duta kecil dalam menyebar dan memelihara kesucian ISLAM.  Bukankah kita dilahirkan sebagai KHALIFAH?




2 insan yang prihatin:

  1. come on.. Allah suruh tadabbur alam dalam Al-Quran melihat kekuasaannya.. nothing happen naturally as what had been claimed by people out there. tiada kebetulan, tiada yang terjadi secara semulajadi semuanya adalah ciptaan Allah. he even easy to speaks harsh.. but then, we cannot blame him to be like that. Honestly, islam doesn't teach the muslim to rely on magic things, macam tiba2x sejadah sembahyang sendiri. Bukan itu yang Islam ajar. Tapi Islam menyuruh kita melihat alam ini, mengkaji Al-Quran menggunakan akal sebaiknya, dipandu oelh kitab manual kita iaitu Al-Quran... semua dah ada dalam quran tapi sayang tak ramai yang di ajar how to understand your manual book.. maka jadilah rujukan diambil selain quran. Jadilah manusia keliru.. jadilah begini dan begitu.. sebaba aqidah itu, the mind set tak dikukuhkan.

    BalasPadam
  2. yup mungkin itu cara dia menegur. but then, lain orang lain approach. U can see how many people yang sokong him but not in the intention too tegakkan Islam.

    Sekurang-kurangnya, put explainationlah a bit here and there.

    BalasPadam

kait mengait

Jangan lepaskan membaca yang dibawah ni!