Pages

Isnin, 31 Januari 2011

Gejolak di Mesir.

Assalammualaikum


Hati terasa ingin turut sama menangis, air mata masih bertakung di bibir kelopak mata. Harus kuat.

Ya Allah apa khabar sahabat-sahabatku di sana? Walau jasad kami terpisah jauh, hubungan yang terbina atas nama ukhwah ini benar-benar menggigit tangkai hati ini.


Ya Allah ku mohon bantuan dari MU, bantulah saudara-saudara seagama kami di Mesir sana, lindungilah mereka. Kuatkan iman mereka, cekalkan hati mereka. Sesungguhnya kami sangat lemah ya Tuhan. Hanya doa dapat kami panjatkan. Ameen.


Air mata jatuh jua. Andai mereka harus pergi meninggalkan kami, redhakan kami Ya Allah. Sesungguhnya hambamu ini sangat mencintai sahabat-sahabatnya. Namun kami tahu mereka sekadar pinjaman terbaik dari Mu, Ya Tuhan Dikau berhak ke atas mereka. Ampunkan kami di atas kelemahan iman kami.


Apa khabar dirimu di sana wahai teman? Maafkan aku, aku insan lemah, tidak mampu berbuat apa-apa buat kalian di sana. Maafkan aku sekali lagi. T.T



0 insan yang prihatin:

Catat Ulasan

kait mengait

Jangan lepaskan membaca yang dibawah ni!