Lepas minum kopi + donat (rm 0.70), kepala jadi tintong, urat-urat perut terasa kejang. Huuuuu nak tido tapi semangat dok layan drama Cinta itu buta dengan rumate tercinta. Sweet auw3 la cita dia. :P miahahaha.
Sang
Haha bunyi cam rajin, tapi tak sebenarnya. hohohoo~ tengok mood jugak, kalo dah 3 hari straight kena masak kena kemas, memang aku bagi pandangan laser bip3 lah kat adikku yang sorang tu kan. hahaha. Tak guna punya kakak, umor dah nak masuk 23 tapi perangai cam budak lagi. hooooo~ sape nak mengaku dah tua kan? :P naseblah aku dapat mak yang cun lagi penyabor
Actually memasak ni mmg lah seronok. Haha tak percaya ayat ni kuar daripada mulut aku!! Kalau nak tau aku lah makhluk paling malas nak tunggu tepi dapur, nak jaga santan jangan sampai pecah minyaklah, nak tumis serbuk kari sampai terbit minyaklah, apa lah. Hahaha penyakit ni aku dapat sejak kecik lagi, sebabnya mak aku selalu je potong stim time aku tgk cita katun or cita cina kungfu dengan menyuruh aku kacau lauk atas dapur! Sekaligus menyebabkan aku tak suka p dapuq.
Time tu time memberontak lah jugak, Along baru umur 9 tahunlah mak!! kalau cakap camtu kat mak sure mak balas balik "Mak umor 10 tahun dulu dah pandai masak kari dah utk atok nenek tau!" ehm baiklah.. saya cuma pandai kacau lauk je. haha.
Kami berempat, bab2 kemas umah akulah jaguhnya. Orang kemas umah setengah atau 1 jam, aku kemas umah 1 hari. Angah pulak memang tukang masak handal after mak and ayah dia jugak tukang buat serak terhandal after ayah hoho~, imah tukang sedapkan makanan haha dia jugaklah tukang kemas part2 yang aku mmg tak mau kemas (cthnya aquarium ikan), adik tukang makan, disebabkan dia tukang buat serak paling berjaya selepas angah dia ditugaskan utk buang sampah2 yang berlonggok kat dapur.
Bila dah besar-besar ni, mak jaranglah ke dapur. Paling2 pun hari sabtu je, ari ahad plak mak ajak p mamak. Aku plak naek tension sebab kena paksa jugak p sarap kat mamak. Malas ya ampun!!!
Selera mak senang, masak sayur banyak2 memanglah mak makan dengan khusyuknya. Tapi presentation sayur mau cantik punya. Kalau tak mak akan sound "Aik? nak bagi kambing makan ke?" miahaha oleh sebab itu, aku selalu serah tugas menghias pinggan dekat imah. :P kang kena sound kang ada yang merajuk pulakkan? haha gedik!
Selera ayah? Tuhan aja yang tahu. Susah sangat nak memenuhi selera beliau. Haish. Kejap kang terlebih masin lah, padahal orang lain makan bese je! geram3! Paling bengang sekali bila beliau selamba dono je p dapur masak telur mata kerbau sendiri semata2 takmo makan apa yang aku masak. huaaargh terhina sungguh! Tapi aku rasa beliaulah guru masak paling berjaya sekali sebab dengan kerenah beliaulah aku dapat mengimprovekan skill masak memasak aku ke taraf chef2 junior
hahaha senang kata I ada mak yang cool as a dad, dan bapa yang fussy as a mom!! Dua-dua pandai memasak, tu yang anak-anak dia tembam tak hingat! Seingat aku ayah pernah puji bihun sup and kari udang aku je. Terbaru ni, ayah tak puji, dia cuma cakap,
"Along bila habis belajar? Jom buat bisnes Nasi Ayam!"
Mulut aku punyalah ternganga luas tak ingat, ni suma gara2 aku kena masak untuk tetamu yang tiba2 datang mengejut di kala mak aku masih berada di tempat kerja lagi time tu. hohooho
Apa yang penting pasal memasak ni ialah:
1) Yakin dan jangan ragu2 tentang jumlah bawang, rempah ratus yang korang nak guna dalam memasak. Bila dah ragu2 gerenti mood nak memasak hilang.
2) Selawat banyak2 masa sebelum, sedang dan selepas memasak.
3) Fikir pahala yang akan korang dapat setiap kali memasak utk family.
4) Bayangkan saat adik-adik korang yang pendengki tu buat muka ala2 tak heran dengan apa yang korang masak, tp bila belakang ko, habis dia jilat pinggan kuah tu. haha
5) Practice make perfect. Ini nasihat paling berguna bagi orang yang malas cam aku!
6) Bila nak letak garam, gula mahupun bahan perasa, bertindaklah sebagai seorang nutrious, jangan campak banyak2, kang ada yang kena sakit jantung, kencing manis, macam2lah.
Kesimpulannya, kalau mood malas dah datang, layankan aje.
Masak ni kena bersabar, bertanggungjawab dan penuh kasih sayang. Kalau takde tiga ni, susah sikitlah. Aku dulu pun tak ada 3 ni, tp bila umur dah nak menghampiri suku abad kan, kenalah berubah. Hohohoh sampai bila nak bagi alasan nak rasa mak punye masakkan kan? Mak ayah kita pun nak gak rasa apa kita masak walaupun tawar hebeh cam ayaq longkang depan umah. hohohohoh
ini aku tak masak ini makan kat kedai punye :P
Adik-adik yang baru lepas SPM tu bolehlah p tolong mak masak ek? Akak pon selalu betul kena ragging dengan ayah pas abes SPM dulu. huhuhuhhu
Nanti i sambung cita lagi ye ;)

bagus blog ni..umm leh bg resepi2 buat kek x??
BalasPadamTq. :) Nak resepi kek apa tu? sy suka buat kek kukus je. Sebab mak tak bg guna oven lagi. Haha :P
BalasPadamlaparla plak tgh2 hujan nihhh,,,,cobaan
BalasPadamhehe sabar je lah. Kalo lapar, makan je. Tahan-tahan karang terlebih makan pula. :)
BalasPadam