Pages

Isnin, 24 Januari 2011

Sebab PEREMPUAN kena pakai tudung!

Assalamualaikum.

Ok. Kenapa tiba-tiba tajuk aku hari ni lain macam je kan? Macam ni, tadi masa aku ambil air panas kat water heater tibe-tiba ada seorang budak muncul depan aku sambil bawa laptop, lengkap bertshirt dan berseluar pendek. Masa tu aku macam gamam sekejap, aku kat blog perempuan kan? Kenapa budak ni rupa LELAKI?


Setelah diamat-amati, budak tu memang sah perempuan. Ye lah tak logik betul kalau dia budak lelaki boleh tengok aku sengih-sengihkan? Sekurang-kurangnya mesti dia sembunyi sebab takut kantoi. 


Ok, sekarang ni bercerita pasal pendapat aku. Selain dari sebab-sebab yang kita sedia tahu sebagai wanita muslimah yang dimuliakan kita wajib menutup aurat, cuba kita tengok situasi sekarang ni, lelaki muka dah cun kalahkan perempuan, kadang-kadang kita pun confused dia perempuan ke lelaki, Lelaki dah berambut panjang, malahan rambut diorang lagi lurus, tersusun, berkilat macam tak payah pakai sikat pakai jari pun boleh. Lelaki dah pakai cekak rambut, , bab ni aku marah, sebab aku pun tak pakai tau! 
Macamlah-macamlah lelaki dah bergaya ala-ala perempuan. Perempuan pun lebih kurang, suara dah macam JANTAN, gaya pun dah tak macam perempuan. SEMUA PUN ADO!



So apa je yang boleh membezakan lelaki dengan perempuan? Hah pakailah tudung. Aku rasa belum lagi terjadi isu nyah-nyah pakai tudung. So inilah satu-satunya solution yang ada. Sebenarnya, banyak hikmah kita memakai tudung ni contohnya macam aku ni, rambut buruk ala-ala Oprah Winfrey rambut dia lawa lagi kot!  dengan bertudung tak adalah aku dimalukan dek khalayak yang seakan-akan jeles ngan kegerbangan semula jadi rambut aku ni hah. Keduanya, pakai tudung labuh, dapatlah tutup tayar-tayar spare aku. Oh oh tapi ingat pakai tudung BUKAN DEMI FESYEN. Apa yang aku cakap sekadar nak bagi orang berfikir pakai MATA HATI.


Ingatlah, tujuan sebenar bertudung ialah menjalankan tanggungjawab kita sebagai seorang muslimah. Yang pastinya Allah muliakan dengan menyeru kita memelihara anggota kita serta melindungi aib kita. Well don't u feel we r the lucky ladies, girls?? TAPI TAPI TAPI kalau bertudung perangai tak jaga pun tak elok. So, sama-sama kita jaga budi pekerti. Jalani hidup dengan baik. Jangan cemarkan kehormatan agama kita dengan buat perkara yang tak elok. Yang masih berkira-kira untuk memakai tudung tu, InsyaAllah satu hari nanti mesti anda menjadi seorang yang ISTIQAMAH BERTUDUNG. Aku pun masih belajar. So sama-sama kita doa dan berusaha supaya kita istiqamah!


Adik aku pun tak bertudung, mungkin faktor kawan-kawan dia ramai yang cina, mak aku pun selalu bengang bila dia pakai tudung je, dia mulalah jadi selebet macam anak tak siap ayat mak aku. Dulu time sekolah rendah mak aku tak bagi aku bertudung sebab tu lah, aku SELEKEH! Tapi Alhamdulillah, sekarang ni, nak pergi mana-mana pun mak aku suruh aku pakaikan dia tudung, makeup makeup kan dia. Hehe dah macam aku pulak yang jadi mak. Tapi aku sangatlah gembiranya diberi peluang itu.


Hee love my mom so much!!! InsyaAllah one day, adik aku pun akan bertudung. Ameen.


 
pssst: Bila aku tengok gambar aku pakai tudung yang tak cukup sifat, dengan pakai tudung yang aku labuh-labuhkan dan tak jarang macam langsir, aku tersenyum sendiri. Aku mengaku aku lebih terpikat dengan diri aku yang bertudung litup. Lebih sopan dan terjaga. Tak tahulah korang rasa apa, but for me, aku tak teruja dah nak try selendang-selendang bagai tu. Aku dah tak terasa ia sebagai fesyen lagi, aku lebih merasakan perempuan sekarang semakin menjadi jadi dieksploitasi. What say u? 


Antara awek bertudung pink dengan yang bertudung kuning yang mana korang rasa sopan? Aku tak tanya yang mana yang menggoda tau!

2 insan yang prihatin:

  1. hidup tudung!
    hehe
    yang kuning lagi comel *gambar tu


    semalam aku jalan ngan afiq, bila kita nak jln ramai2 ni? haha

    BalasPadam
  2. wah ye ke?? semalam baru je jalan ngan ikin dan bedah. hai rindu plak kita ramai2 lepakkan? :)

    tu lah. aku pun suka yang pakai tudung kuning. suweeet :)

    BalasPadam

kait mengait

Jangan lepaskan membaca yang dibawah ni!