Punye lah lama aku tinggalkan dunia blog, sehinggakan nama blog sendiri pun aku lupa.. sangatlah teruknya!!
Ok, ini semua bermula dengan kesibukan aku dengan projek tahun akhir masa buat degree, ditambah dengan kemenyampahan aku untuk mengadap laptop (aku budak sc. comp) jadi ada sebab kenapa aku menyampah ngan laptop, internet, printer dan semua y seangkatan dengannya. Rasa jelak, nak muntah semua ada! Alhamdulillah, insyaAllah aku akan grad pada 25 September ni. :) Semoga semuanya berjalan dengan lancar!
Perkara lain yang berlaku bulan ini adalah, aku menjadi seorang scientist! ok! aku lantik diri sendiri..
Aku harap aku dapat buat dgn baiklah. Sebab bukan mudah untuk menjadi seorang penyelidik yang baik. Huhuhu Hari ni juga, aku dah dapat 5 task utk disiapkan dlm tempoh 1 minggu, bagi membantu aku memahami serba sedikit tajuk penyelidikan aku.
Oh ya, memandangkan utm johor bahru sekarang menjadi universiti penyelidikan (research university) maka sesiapa yang buat master in research boleh upgrade terus ke phd. So sesapa yg rasa nak buat PHD di usia muda, buatlah master in research. By sem 2, boleh upgrade ke PHD dgn sokongan pensyarah. Aku tak tau aku boleh ke tidak.. hehe dgn keadaan aku y cepat tertido bila mula membaca ni.. agak susah aku rasa nak upgrade terus. :P Doa2kanlah aku cekal ya.
Perkara lain yang berlaku bulan ni adalah, si dia dah propose! heee Segan, malu, terkedu. Huuuu huuuu.. nnt aku cerita ya. :)
0 insan yang prihatin:
Catat Ulasan