Assalammualaikum
Hari ni aku rasa tahap adrenalin aku melompat2 sampai terasa jantung macam nak meletup. Ada sorang bangsa asing ni.. orang uk, Mr, Roland Boyd nama dia.. dia nak mintak tolong belikan baju batik utk dia.. kononnya utk satu event yang dia organized. Aku berbual dengan dia tak sampai 1 jam, chatting je pun.. dia dah percaya kat aku bulat2. (atau aku yang hampir mempercayai de bulat2 eh?? aku pun cuak..) Aku rasa aku tak percaya kat dia pun..
So nak dijadikan cerita de nak transfer 5000 pound.. bapak banyak! bila convert jadi rm24k.. eh biar betul.. nak beli batik ke nak beli umah kos rendah kat jb ni?? ke nak beli kancil sebijik? de suruh aku call org western union, kira wakil malaysia lah.. nama org tu mr clinton. So de kata duit tu dah ready utk di transfer cuma aku kena bayar services sebanyak RM1.5k. Wah.. tak memasal aku nak kena bayar.. aku ckp lah.. aku tak ada duet.. n duet y ada dlm akaun cuma rm120 je.. mmg itu pun duet y ada dlm akaun aku skang ni.. Isk3 abes dah buat bayar yuran n segala macam benda utk tampung hidup kat utm ni...
eh tetiba de kata de pinjam kat kawan dulu.. tak dpt 1.5k, rm700 pun boleh.. eh biar betul?? so aku cakap, aku tak dpt tolong, unless de amek rm1.5 k drpd rm 24k y konon2 de nak bagi kat aku utk belikan 21 pasang kemeja batik tu.
Erhm secara kesimpulannya aku boleh agak dia menipu:
1st. aku dah ckp harga batik kemeja dlm 350 plg mahal y akan aku belikan.. tp de kata de beli btik rm1000/piece kat klcc, so de nak masukkan duet lebih2.. nak batik berkualiti katanya..
2nd. kenal tak sampai 15 minit, de dah angkat aku jadi anak angkat. Aku tak sempat nak panggil de dady pun.. :P muahaha
3rd. takkanlah tak ada sekelumit pun rasa curiga kat aku.. kot aku ni penipu ke apa ke.. tak memasal je nak transfer duet bebanyak kat aku kan..
hish budus..
4th. de kata nak anta kat aku gambar kemeja y de beli.. aleh2 de anta gambar baju batik ntah de dapat kat website mana ntah.. yang penting caption de tu tak leh blah.. kemaja batik sutera terengganu. Sah2lah de amek gambar baju batik kat mana2 kan..
ini lah gambor y de bagi kat aku..
nak tgk gambar Mr. Ronald plak?? jap eh.. sila tgk bawah ye...
Ehm entah betul entah tak.. tapi kalau betul de tipu, sah aku selamat dari kena tipu.. tp kalau de tak tipu.. ehm kesian gak lah kan.. tp takpe lah.. pandai2 lah de cari lobang mana nak beli baju batik 21 pasang tu.. :P hahah kata kaya.. dtg je malaysia bukan susahkan.. ? ;)